Thursday, December 8, 2016

Mahkamah syariah: PGSM setuju cadangan Shahrizat

Mahkamah syariah: PGSM setuju cadangan Shahrizat

WARTAWAN SINAR HARIAN

30 NOVEMBER 2016


Musa Awang

SHAH ALAM - Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) bersetuju sepenuhnya dengan cadangan Ketua Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil untuk memberi kuasa kepada mahkamah Syariah dan ia menjadi setaraf dengan mahkamah sivil.

Presidennya, Musa Awang dalam satu kenyataan hari ini berkata, ini secara tidak langsung boleh diperkukuhkan dengan memberi lebih kuasa ke atas bidang kuasa hukuman jenayah mahkamah syariah.

"Iaitu bidang kuasa untuk mengeluarkan surat kuasa mentadbir (LA) dan membahagikan harta-pusaka umat Islam, bidang kuasa untuk mendengar dan membicarakan kes-kes muamalat Islam atau perbankan Islam dan lain-lain.

"Undang-undang Islam adalah yang terbaik, pelaksanaannya di negara ini masih lemah kerana kekangan pihak berkuasa, kakitangan, kuasa undang-undang, undang-undang yang pelbagai dan tidak seragam dan lain-lain," katanya.

Beliau berkata, negara  kini mempunyai bilangan peguam syariah

yang cukup untuk menangani kes-kes mengikut bidang kuasa mahkamah Syariah yang sedia ada.

Katanya lagi, setakat ini bilangan peguam syariah di seluruh negara kira-kira 2,500 hingga 3,000 orang.

"Nombor ini akan bertambah dengan sendirinya jika bidang kuasa

mahkamah syariah dipertingkatkan," katanya.

Tambahnya, masalah yang kami hadapi dalam amalan peguam syariah hari ini ialah kami terpaksa memohon di 14 buah negeri untuk menjalankan amalan sebagai seorang peguam syariah.

"Setiap negeri mempunyai kaedah-kaedah, kelayakan yang berbeza, peperiksaan berbeza, temu bual yang berbeza serta proses kemasukan yang tersendiri dan pelbagai.

"Secara tidak langsung sedikit sebanyak ia mematahkan semangat graduan-graduan untuk memohon sebagai peguam syariah.


"Jadi, kami bersetuju dengan cadangan penubuhan Majlis Peguam Syariah, sebuah badan bebas untuk menyelia dan mengawal kelayakan dan kemasukan peguam syariah, dan mengadakan satu Akta Profesion Guaman Syarie (SLPA)," katanya.

No comments:

Post a Comment

Pentadbiran Pusaka : Pinda akta, enakmen di bawah mahkamah syariah – PGSM

Pinda akta, enakmen di bawah mahkamah syariah – PGSM Oleh SITI AISYAH MOHAMAD  Sinar Harian, 25 September 2023 Musa Awang SHAH ALAM - Pent...