Thursday, December 8, 2016

PGSM sokong saranan Umno, dedah masalah sedia ada

PGSM sokong saranan Umno, dedah masalah sedia ada



1 Dis 2016, 11:20 tengahari

Saranan pemimpin Wanita dan Puteri Umno untuk mewujudkan Majlis Peguam Syarie disambut baik oleh peguam-peguam syarie di negara ini.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Musa Awang berkata walaupun undang-undang Islam terbaik, tetapi pelaksanaannya masih lemah kerana pelbagai kekangan.

Ini, katanya, termasuk daripada pihak berkuasa, kakitangan, kuasa undang-undang, undang-undang yang pelbagai dan tidak seragam.

“Masalah yang kami hadapi dalam amalan peguam syariah hari ini ialah kami terpaksa memohon di 14 buah negeri untuk menjalankan amalan sebagai seorang peguam syariah,” katanya.

Malah, kata Musa lagi setiap negeri mempunyai kaedah dan kelayakan yang berbeza.

Begitu juga dengan peperiksaan, temu bual dan proses kemasukan yang tersendiri di setiap negeri, katanya lagi.

“Sedikit sebanyak ia mematahkan semangat graduan-graduan untuk memohon sebagai peguam syariah,” katanya.

Justeru, kata Musa, mereka bersetuju dengan cadangan penubuhan Majlis Peguam Syariah, sebagai badan bebas untuk menyelia dan mengawal kelayakan dan kemasukan peguam syariah dan mengadakan satu Akta Profesion Guaman Syarie (SLPA).

Pemimpin Wanita dan Puteri Umno semalam menggesa kerajaan menubuhkan Majlis Peguam Syarie bagi menambah baik urus tadbir undang-undang syariah dan memudahkan urusan amalan guaman syarie di negeri-negeri.

Ketua Wanita Umno Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil mencadangkan majlis itu diletakkan bawah naungan Majlis Raja-Raja Melayu bagi memudahkan urus tadbir.


Sementara itu, Ketua Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin pula berhujah, sejak pemerkasaan mahkamah syariah pada 2001, ia tidak diikuti dengan usaha untuk meningkatkan profesionalisme dan integriti di kalangan peguam syarie.

No comments:

Post a Comment

Pentadbiran Pusaka : Pinda akta, enakmen di bawah mahkamah syariah – PGSM

Pinda akta, enakmen di bawah mahkamah syariah – PGSM Oleh SITI AISYAH MOHAMAD  Sinar Harian, 25 September 2023 Musa Awang SHAH ALAM - Pent...