Statistik

Statistik Perceraian Seluruh Malaysia (I) 1995-2000

NEGERI
1995
1996
1997
1998
1999
2000
PERLIS
234
216
209
288
  221
 188
KEDAH
2,099
1,765
1,729
1,914
1,660
1,168
P.PINANG
626
243
601
613
656
647
PERAK
719
849
601
1,024
1,134
1,234
SELANGOR
1,103
1,333
1,102
1,454
1,568
2,075
 K.LUMPUR
237
553
897
894
711
499
N.9
425
446
416
572
528
625
MELAKA
143
514
528
521
343
463
JOHOR
1,315
1,199
1,442
1,083
1,551
1,942
PAHANG
689
763
1,069 
1,221
1,118
1,016
T’GANU
759
637
632
903
958
1,005
KELANTAN
1,711
1,577
1,814
1,905
1,918
1,784
SARAWAK
201
358
358
514
 342
486
SABAH
1,187
546
339
357
  420
 433
LABUAN
26
54
40 
54
27
 40
MALAYSIA
11,474
11,053
11,777
13,317
13,155
13,605

Statistik Perceraian Seluruh Malaysia (2) 2001-2007

NEGERI
2001
2002
2003
2004
2005
2006
2007
PERLIS
186
226
253
164
228
326
247
KEDAH
1,549
1,133
1,085
1,474
1,737
2,006
2,188
P.PINANG
717
911
925
916
913
813
917
PERAK
1,103
1,975
1,363
1,508
1,475
1,577
1,551
SELANGOR
1,878
1,977
3,158
3,136
3,030
3,295
3,722
K.LUMPUR
721
798
885
1,296
1,250
1,423
1,141
N.9
564
629
684
638
807
867
907
MELAKA
475
530
589
553
612
726
758
JOHOR
963
1,627
1,612
1,690
1,521
1,647
1,931
PAHANG
1,042
894
917
616
1,505
1,541
1,502
T’GANU
1,046
813
897
1,172
1,285
1232
1,537
KELANTAN
2,042
1,472
1,926
1,952
1,900
2,014
2,257
SARAWAK
602
634
652
826
820
974
910
SABAH
311
161
570
514
582
923
924
LABUAN
79
61
28
50
84
99
37
MALAYSIA
13,278
13,841
15,544
16,505
17,749
19,463
20,529

 Statistik Perkahwinan Seluruh Malaysia (2001-2007)

NEGERI
2001
2002
2003
 2004
2005
2006
2007
PERLIS
1,275
1,390
1,351
2,153
1615
1,304
2,484
KEDAH
14,886
15,198
16,735
16,751
17,147
17,142
20,899
P.PINANG
3,764
4,034
3,226
3,368
3,914
3,568
4,458
PERAK
9,063
8,524
8,249
9,507
10,522
10,464
11,446
S’GOR
10,990
11,428
12,314
16,426
13,312
12,854
14,817
KL
3,122
4,172
4,531
3,616
4,230
4,455
3,538
N.9
3,491
3,540
3,706
4,301
4,496
4,449
5,151
MELAKA
2,680
2,923
3,067
3,182
3,210
3,334
3,559
JOHOR
6,289
9,687
10,510
13,751
14,747
11,943
13,241
PAHANG
6,323
 7,009
 7,521
5,116
7,342
9097
9,519
T’GGANU
6,641
6,877
5,965
7,746
7,731
8,232
8,953
KELANTAN
12,389
12,365
13,205
13,334
13,943
13,902
17,201
SARAWAK
4,804
4,556
4,333
4,648
5,015
5,396
5,393
SABAH
5,528
3,261
7,112
8,083
5,514
8,281
9941
LABUAN
244
218
237
280
394
  391
486
MALAYSIA
91,489
95,182
102,062
112,262
113,132
114,812
131,086

Statistik Poligami Seluruh Malaysia (1995-2002)

 NEGERI
1995
1996
1997
1998
1999
2000
2001
2002
PERLIS
26
59
48
 47
18
27
  18
5
KEDAH
247
273
302
268
210
138
195
  200
P.PINANG
79
26
5
 69
61
32
89
167
PERAK
120 
168
149
 105
167
138
 131
146
S’GOR
82
137
86
 77
39
478
*
  194
 K.LUMPUR
4
11
10
28
37
 48
*
  17 
N.9
98
94
   110
  111
85
 21
72
  63
MELAKA
64
68
71
64
36
 44
*
*
JOHOR
169
78
 446
109
136
173
  89
208
PAHANG
74
69
110
130
106
 73
 91
   98
T’GANU
227
221
212
*
204
229
 176
136
KELANTAN
342
359
191
84
254
356
268
1,331
SARAWAK
4
*
4
7
6
 17
  22
29
SABAH
86 
76
44
52
27
19
  48
   6
LABUAN
9
4
*
3
7
 6
 5
  4
MALAYSIA
1,631
1,643
 1,788
1,154
1,393
1,799
1,204
2,604
 Sumber: link


STATISTIK PERCERAIAN 2007
Statistik perceraian yang diberikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Ini kerana ia makin meningkat berbanding tahun-tahun yang sebelumnya. Mengikut laporan ini jumlah perceraian pada tahun 2007 adalah 20,259 kes berbanding 131,086 perkahwinan. Bagi tempoh sehari pula, lebih daripada 56 perceraian dan 359 perkahwinan berlangsung.
Di setiap negeri pula, dilaporkan perceraian paling tinggi didaftarkan oleh negeri
Selangor 3,722 kes,
Kelantan 2,257,
Kedah (2,188),
Johor (1,931),
Perak (1,551),
Terengganu 1,537,
Pahang 1,502,
Kuala Lumpur 1,141,
Sabah 924,
Pulau Pinang 917,
Sarawak 910,
Negeri Sembilan 907,
Melaka 758,
Perlis 247 dan
Labuan 37

Dikatakan punca krisis rumahtangga ini adalah kerana tidak serasi, kecurangan, poligami, kerenah dan campur tangan keluarga yang keterlaluan, masalah kesihatan pasangan termasuk kesuburan, suami isteri bermain kayu tiga, masalah hutang banyak, masalah ekonomi, pengangguran, peluang kerja terhad, komitmen kerja dan kerjaya yang terlalu tinggi, simptom cemburu buta – kurung pasangan, dan kurangnya didikan moral -penderaan dan pengabaian.

Menurut laporan ini lagi, perkahwinan yang tertinggi pada tahun 2007 dicatatkan oleh
Kedah 20,889
Kelantan 17,201,
Selangor 14,817,
Johor 13,241,
Perak 11,446,
Sabah 9,941,
Pahang 9,519,
Terengganu 8,953,
Sarawak 5,393,
Negeri Sembilan 5,151,
Pulau Pinang 4,458,
Melaka 3,559,
Kuala Lumpur 3,538,
Perlis 2,484 dan
Labuan 486).


STATISTIK PERCERAIAN 2010

Sumber rekod Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati, sebanyak 28,035 pasangan bercerai sepanjang tahun lalu (2010).
Statistik itu bermakna, secara purata 77 kes perceraian sehari atau tiga kes bagi setiap jam didaftarkan di Malaysia berbanding 135,548 pasangan yang berkahwin tahun lalu.
Angka itu mencatatkan peningkatan 144 kes berbanding 27,891 pasangan yang bercerai sepanjang tahun 2009.


STATISTIK KES HIV 2011 DI MALAYSIA

Kira-kira 10 rakyat Malaysia dikesan HIV positif setiap hari dengan suri rumah terutama Melayu berisiko lebih lima kali ganda dijangkiti Human Immunoidifiey Virus (HIV) akibat hubungan seksual berbanding pekerja seks yang mengamalkan seks selamat sepanjang masa bertugas.

Berdasarkan statistik Unit Kawalan Penyakit, Jabatan Kementerian Kesihatan pada 1986 hingga 2010, sebanyak 91,362 rakyat Malaysia dijangkiti HIV dengan 3,291 orang daripadanya adalah suri rumah berbanding 593 pekerja seks.

Selain itu, seramai 725 kakitangan kerajaan turut dijangkiti diikuti pelajar (312), badan beruniform (698), nelayan (3,399), pekerja industri (6,048), sektor swasta (1,500), pemandu (2,261), tidak bekerja (16,320) dan lain-lain pekerjaan (30,507).
Mengikut pecahan kaum, seramai 65,235 daripada keseluruhan pesakit HIV berbangsa Melayu, diikuti Cina (13,283), India (7,190), Bumiputera Sabah (760), Bumiputera Sarawak (2,267), lain-lain (496), bangsa asing (1,596) dan tidak diketahui (535).

Presiden Majlis Aids Malaysia (MAM), Tan Sri Zaman Khan, berkata demografik kajian menunjukkan wanita berisiko dijangkiti HIV bukan disebabkan kecuaian sendiri, sebaliknya jangkitan menerusi hubungan kelamin tidak selamat bersama suami.

“Wanita tidak mampu berbincang dengan suami untuk mengamalkan seks selamat mahupun menggunakan kondom sekali gus takut bertegas dan dipukul apabila melakukan hubungan tanpa penetrasi bersama suami

“Apabila kita lihat statistik, sangat menyedihkan wanita terutama suri rumah di kawasan luar bandar menjadi mangsa kerana kekejaman suami sendiri. Kesan bukan hanya kepada isteri tetapi anak juga menerima kesan sosial apabila ibu bapa sakit,” katanya kepada Berita Minggu.

Statistik berkenaan turut menyebut faktor jangkitan paling berisiko disebabkan perkongsian jarum suntikan sebanyak 63,680 diikuti hubungan heteroseksual (berlainan jantina) (16,320), homoseksual dan biseksual (2,047), ibu kepada anak (832), pemindahan darah (3), penerimaan organ (0) dan tidak diketahui (8,449).

Mengikut laporan ketika Sidang Kemuncak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jun lalu, jumlah pesakit HIV di seluruh dunia dianggarkan seramai 34 juta orang dengan 1.8 juta kematian setiap tahun dan kira-kira 7,000 jangkitan baru dikesan setiap hari.


STATISTIK PERCERAIAN ORANG ISLAM DAN BUKAN ISLAM TAHUN 2000 HINGGA 2007

Berdasarkan statistik daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), bilangan perceraian bagi Orang Islam dan Orang Bukan Islam bagi tahun 2000 hingga 2007 adalah seperti berikut:
Statistik Perceraian di Malaysia
Tahun
Orang Islam
Orang Bukan Islam
2000
13,536
1,613
2001
13,187
3,238
2002
13,841
3,793
2003
15,543
3,318
2004
16,509
3,291
2005
17,708
3,804
2006
21,419
5,747
2007
20,529
4,335
Sumber: JAKIM dan Jabatan Pendaftaran Negara


Statistik perceraian mengikut suku kaum seperti kaum Cina, India, Kadazan, Iban, Orang Asli dan lain-lain tidak diperolehi oleh Kementerian.

Sungguhpun bilangan perceraian telah meningkat bersesuaian dengan pertambahan bilangan perkahwinan, peratusan bercerai/berpisah bagi penduduk yang berumur 15 tahun dan ke atas adalah kecil iaitu 0.8 peratus berdasarkan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia, 2000.
Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia yang dijalankan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada tahun 2004 pula mendapati perceraian/perpisahan di kalangan wanita Melayu/Bumiputera ialah 2.7 peratus di Semenanjung Malaysia dan 2.1 peratus di Sabah dan 3.2 peratus di Sarawak.


STATISTIK PERKAHWINAN DI THAILAND

SONGKHLA (Thailand): Sebanyak 23 peratus atau 782 daripada 3,260 perkahwinan membabitkan rakyat Malaysia yang direkodkan di lima daerah wilayah Selatan Thailand sepanjang tahun lalu, membabitkan kahwin campur dengan warga asing.

Rakyat Malaysia terbabit dikesan memilih pasangan dari 31 negara asing berlainan, dengan perkahwinan antara rakyat Malaysia-Thailand mencatat angka tertinggi iaitu 419 pasangan, diikuti Malaysia-Indonesia (228), Malaysia-Pakistan (45) dan Malaysia-Filipina (18).

Selain empat negara itu, rakyat Malaysia turut memilih pasangan yang berasal dari Bangladesh, Kemboja, Afrika Selatan, Nepal, Singapura, Perancis, Nigeria, Korea, Jepun, Afghanistan, Lubnan, Denmark, Amerika Syarikat, Iran, Arab Saudi, Uzbekistan.

Walaupun pernikahan mereka dilangsungkan secara sah mengikut rukun serta undang-undang ditetapkan Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla, namun peningkatan angka itu saban tahun menimbulkan kebimbangan Konsul Malaysia di sini, terutama berhubung status agama rakyat asing terbabit.

Konsul Besar Malaysia di Songkhla, Mohd Aini Atan ketika ditemui di sini, mengakui wujud kebimbangan mengenai keadaan itu terutama status ‘Islam' warga asing yang dinikahi rakyat Malaysia.

Katanya, perkahwinan sesama rakyat Malaysia di Songkhla perkara biasa, walaupun angkanya meningkat setiap tahun, namun perkahwinan membabitkan rakyat Malaysia dengan warga asing mula menjadi 'trend' baru sejak setahun dua lalu.

“Malah, rekod kajian dan temubual pihak kami bersama pasangan terbabit juga mendapati perkahwinan bersama warga asing turut menjadi antara sebab utama rakyat Malaysia memilih untuk bernikah di Thailand.

“Puncanya, selain perkahwinan itu dihalang pihak keluarga, ada juga yang memilih melangsungkan pernikahan di Thailand untuk mengelak prosedur rumit ditetapkan Majlis Agama Islam negeri masing-masing jika mahu mengahwini warga asing," katanya.

Sementara itu, Mohd Aini juga berkata, jumlah rakyat Malaysia nikah di Selatan Thailand juga meningkat mendadak sejak 10 tahun lalu dan angkanya sudah melebihi 3,000 pasangan setahun.

“Pada 2005, hanya 314 pasangan Malaysia bernikah di Selatan Thailand. Namun, selepas 2006 ia meningkat hampir tiga kali ganda kepada 845 pasangan, diikuti 1,944 pasangan pada 2007.

“Jumlah itu terus meningkat dan pada 2008 lebih 2,000 perkahwinan dan tahun lalu jumlahnya mencapai 3,260 perkahwinan,” katanya.

Berdasarkan maklumat, pernikahan di Selatan Thailand membabitkan lima daerah iaitu Songkhla, Narathiwat, Yala, Satun dan Pattani menjadi pilihan utama rakyat Malaysia kerana prosedurnya mudah dan kos yang perlu ditanggung juga jauh lebih murah berbanding di negara asal.

INFO: Pasangan rakyat Malaysia berkahwin di Thailand mengikut daerah pada 2010 
·  Songkhla - 2,559
·  Narathiwat - 177
·  Yala - 160
·  Satun - 173
·  Pattani - 191


STATISTIK ANAK LUAR NIKAH

Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf.

Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!

Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.

Pecahan mengikut negeri:

Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.

***********************


140 anak luar nikah lahir setiap hari, lapor JPN
September 13, 2016

Statistik Jabatan Pendaftaran Negara menunjukkan sejumlah 159,725 bayi luar nikah dilahirkan oleh ibu yang beragama Islam sejak 2013

PETALING JAYA: Secara purata kira-kira 140 bayi luar nikah dilahirkan setiap hari oleh ibu yang beragama Islam pada tahun lalu.

Menurut laporan Berita Harian hari ini, statistik Jabatan Pendaftaran Negara menunjukkan sejumlah 159,725 bayi luar nikah dilahirkan oleh ibu yang beragama Islam sejak 2013.

Daripada jumlah itu, 53,492 dilahirkan pada 2013; 54,614 pada 2014 dan 51,169 pada 2015.


3,980 remaja hamil anak luar nikah

10 September 2016 12:10 AM
PUTRAJAYA 9 Sept. – Statistik Kementerian Kesihatan pada tahun lalu mendedahkan sebanyak 3,980 atau 28.8 peratus daripada 13,831 remaja berusia 10 hingga 19 tahun mengandung anak luar nikah.

Menurut statistik ter­sebut, lima negeri mencatatkan kes kehamilan remaja ter­tinggi iaitu Sabah de­ngan 3,084 kes diikuti Sarawak (2,910), Selangor (1,461), Johor (1,319) dan Pahang 940 kes.

Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dr. Rose Lena Lazemi berkata, fakta tersebut jelas menunjukkan penge-tahuan mengenai kesihatan seksual reproduktif dalam kalangan remaja di negara ini masih rendah.

“Malah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga Kementerian Kesihatan turut melaporkan 18,000 remaja hamil mendapatkan perkhidmatan di klinik kesihatan kerajaan dalam setahun bermula dari 2011 hingga 2013.

“Sebanyak 25 peratus daripada jumlah itu merupakan yang tidak berkahwin dan secara puratanya terdapat 1,500 kes remaja hamil dalam sebulan dan 50 kes sehari dilaporkan di seluruh negara,” katanya.

Menurut Rose Lena, kurang­nya kesedaran mengenai penge­tahuan seks turut menjadi penyebab utama statistik rogol semakin meningkat apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaporkan 93.5 peratus mangsa daripada 12,473 kes itu sejak 2011 hingga Jun 2015 adalah remaja berumur 13 hingga 18 tahun.

“Laporan PDRM juga menunjukkan jumlah pembuangan bayi di negara ini adalah 432 kes sejak 2011 hingga Jun 2015 dengan kejadian kehamilan luar nikah me­rupakan punca utama kes tersebut berlaku,” kata beliau.

Malaysia Merekodkan Kes Cerai Yang Amat Tinggi


Posted on 14 Jan 2016 Lifestyle
Mengikut statistik, dalam tempoh enam tahun lalu, sebanyak lebih 274,000 pasangan Islam di Malaysia bercerai sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai institusi keluarga Islam di negara ini.

Melihat pada rekod Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia turut mendedahkan sebanyak 38,035 pasangan bercerai sepanjang tempoh Januari hingga Ogos tahun lalu.
Berdasarkan statistik itu, secara purata sebanyak 156 kes perceraian berlaku setiap hari atau enam kes bagi setiap jam.

Selain itu, statistik perceraian pasangan Islam dalam tempoh lima tahun lalu juga menunjukkan peningkatan begitu ketara iaitu daripada 43,749 kes pada 2011 kepada 53,870 kes pada 2014, naik sebanyak 10,121 kes.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, kebanyakan kes perceraian yang direkodkan itu melibatkan usia perkahwinan lima tahun ke bawah.

“Kajian menunjukkan tempoh perkahwinan yang berakhir dengan perceraian adalah dalam tempoh lima tahun ke bawah iaitu 37.2 peratus bagi wanita dan 35.4 peratus bagi lelaki.
“Keadaan ini secara tidak langsung memberi petunjuk bahawa tempoh lima tahun merupakan jangka masa yang sangat penting kepada pasangan dalam mengharungi bahtera perkahwinan,” katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Melalui perkongsian di laman facebook milik akaun Dr. Zaharuddin Abd Rahman yang menyatakan penceraian yang terhasil akibat perkara remeh biasanya lahir dari perkara yang besar iaitu, suami isteri tidak solat dan tidak mencantikkan amalan fardhu, gersang pula dari amalan sunat, yang mengakibatkan hati menjadi kosong, nafsu kuasai diri,.
Ditambah lagi, Minda hanya pentingkan dan fikir tentang diri, Apa yang baik terhijab yang buruk terzahir,

Nafsu amarah meningkat sukar dikawal, Emosi tenggelami rasional, Hati hilang rasa puas,
Tiada syukuri nikmat hanya kufuri, Kehidupan hilang berkat lalu hal remeh terlihat besar sehingga memutuskan ikatan pernikahan”katanya ketika ditanya punca penceraian berlaku di Malaysia.


92,678 pasangan daftarkan penceraian

HAKIMI ISMAIL  |  04 Mac 2016 1:44 AM

PUTRAJAYA 3 Mac - Sebanyak 92,678 pasangan di seluruh negara mendaftarkan penceraian masing-masing dalam tempoh 2012 hingga 2014 dengan ada antara mereka hanya berkahwin kurang daripada lima tahun.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, situa­si tersebut agak membimbangkan kerana statistik menunjukkan berlaku peningkatan pendaftaran pence­raian setiap tahun dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini.
Beliau berkata, statistik menunjukkan pada 2012 sebanyak 29,253 pasangan mendaftar untuk bercerai, manakala pada 2013 pula sebanyak 29,583 pasangan dan angka tersebut terus meningkat kepada 33,842 pasangan pada 2014.

“Antara masalah yang menjadi punca utama mereka mendaftarkan penceraian ialah lemah didikan agama, faktor ekonomi, campur tangan orang ketiga, masalah seksual, masalah sosial, masalah kesihatan, masalah kerjaya, tidak bertanggungjawab dan masalah komunikasi.

“Bagi tempoh sama juga seba­nyak 12,434 pasangan telah mendaftar untuk rujuk kembali, dalam hal ini semua pihak harus sepakat mencari penyelesaian bagi mengelak statistik penceraian di negara ini terus meningkat setiap tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Kelestarian Keluarga: Cabaran Pasca Perkahwinan Abad ke-21 selain melancarkan Modul Pasca Perkahwinan Islam, di sini hari ini.

Yang hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha.

Menurut Asyraf, Modul Pasca Perkahwinan dilancarkan bagi merealisasikan pelaksanaan Dasar dan Pelan Tindakan Keluarga Sakinah Negara untuk memperkukuhkan institusi kekeluargaan Islam melalui pemantapan kualiti serta integriti setiap individu dalam keluarga.

“Modul berkenaan dibahagikan kepada empat fasa perkahwinan iaitu Fasa Bulan Madu bagi tempoh perkahwinan satu hingga lima tahun, Fasa Sehati Sejiwa (enam hingga 10 tahun), Fasa Semarak Kasih (11 hingga 20 tahun) dan Fasa Syurga Cinta (21 tahun ke atas).


31.7 Juta Jumlah Penduduk Malaysia Tahun 2016

Jumlah penduduk Malaysia pada tahun ini (2016) dianggarkan 31.7 juta orang iaitu meningkat sebanyak 0.5 juta berbanding 31.2 juta orang pada tahun lepas.

Jabatan Perangkaan Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata jumlah tersebut menunjukkan kadar pertumbuhan penduduk tahunan sebanyak 1.5% bagi tempoh yang sama.

Jumlah penduduk 31.7 juta itu juga merangkumi komposisi jantina iaitu 16.4 juta lelaki dan 15.3 juta perempuan dengan nisbah 107 lelaki bagi setiap 100 perempuan.
“Etnik bumiputera mencatatkan peratusan tertinggi bagi kategori penduduk warganegara di Malaysia iaitu sebanyak 68.6 peratus diikuti oleh etnik Cina (23.4%), India (7.0%) dan lain-lain (1.0%).

“Peratusan penduduk bukan warganegara pada tahun ini adalah 10.3% daripada keseluruhan jumlah penduduk Malaysia,” katanya.

Menurut jabatan tersebut, bagi taburan penduduk mengikut kumpulan umur bagi tahun ini tidak menunjukkan perbezaan ketara berbanding 2015.

“Penduduk dalam kumpulan umur kosong hingga 14 tahun berkurang 0.4% pada 2016 (24.5%) berbanding 2015 (24.9%).

“Penduduk dalam kumpulan umur bekerja, 15 hingga 64 tahun, meningkat 0.2% pada 2016 kepada 69.5% berbanding 2015 dan penduduk berumur 65 tahun dan lebih juga meningkat sebanyak 0.2% kepada 6.0% bagi tempoh yang sama,” katanya.

Bagi peratusan penduduk mengikut negeri, Selangor mencatatkan peratusan negeri penduduk tertinggi pada tahun ini iaitu 19.9% diikuti Sabah (12.0%) dan Johor (11.5%).
“Negeri yang mencatatkan peratusan penduduk terkecil pula ialah Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya iaitu masing-masing sebanyak 0.3%,” katanya.

6 comments:

  1. Assalamualaikum Tuan...mohon share statistik perceraian di Malaysia yang terkini (2014)..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Tuan...mohon share statistik perceraian di Malaysia yang terkini (2014)..

    ReplyDelete
  3. salam tuan, dimana saya boleh dapatkan statistik poligami tahun 2015?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum tuan..boleh tak mohon tuan share kan statistik perceraian di Malaysia untuk tahun 2015?terima kasih.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum tuan.... mohon jasa baik tuan untuk berkongsi statistik penceraian di malaysia bagi tahun 2008-2015...harap tuan sudi berkongsi maklumat dengan pihak kami..assalamualaikum.

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum tuan, mohon share statistik pelajar yg terlibat dengan homoseksual dengan statistik masalah sosial pelajar serta statistik pelajar yang terlibat dengan hubungan luar nikah. terima kasih

    ReplyDelete