Friday, May 29, 2020

COVID-19: Rayu kerajaan bantu 3,500 peguam syarie terjejas



Oleh Mohd Nasaruddin Parzi
bhnews@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) memohon pihak berwajib membantu lebih 3,500 peguam syarie yang terkesan susulan pandemik COVID-19 ketika ini.

Sehubungan itu, presidennya, Musa Awang menggesa Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) melalui Baitulmal negeri memberikan bantuan secara ‘one-off’ RM1,000 kepada peguam syarie yang beramal di negeri.

“Ia bagi membantu meringankan beban mereka sepanjang pandemik COVID-19. Data dan maklumat peguam syarie yang beramal ini boleh diperoleh daripada Setiausaha Jawatankuasa Peguam Syarie di setiap negeri,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, MAIN juga boleh mengecualikan bayaran pembaharuan sijil amalan tahunan bagi tahun ini, di mana setiap tahun, peguam syarie yang beramal akan memperbaharui Sijil Amalan Tahunan mereka dengan bayaran sekurang-kurangnya RM100 hingga RM250 setahun.

“(Juga dimohon supaya) kerajaan menghentikan sementara sumbangan mandatori dari majikan untuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), termasuk Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), sehingga sekurang-kurangnya hujung tahun ini.

“Pihak kerajaan juga boleh menyalurkan bantuan dalam bentuk geran kepada PGSM untuk membantu peguam syarie melalui pihak persatuan,” katanya.

Beliau berkata, jika krisis ini berpanjangan, PGSM sedia dilibatkan dalam apa-apa perbincangan bagi menangani kesan ekonomi dan sosial kepada golongan peguam syarie khususnya dan masyarakat amnya.

Musa berkata, peguam syarie adalah mereka berkelayakan yang diberikan Sijil Peguam Syarie oleh MAIN, dengan membayar yuran tertentu pada setiap tahun, untuk mereka berguam di mahkamah syariah di negeri-negeri.

“Sumber pendapatan peguam syarie bergantung sepenuhnya kepada yuran guaman yang dibayar oleh anak guam bagi mewakili anak guam sepanjang perbicaraan di mahkamah syariah.

“Hakikatnya, sepanjang PKP, semua prosiding ditangguhkan ke suatu tarikh yang belum diketahui. Ini menyebabkan peguam syarie hilang punca pendapatan, pada suatu tempoh yang belum diketahui, bergantung kepada situasi pandemik COVID-19,” katanya.

Kesan pandemik ini juga memaksa pejabat atau firma peguam syarie terpaksa ditutup, kakitangan tidak dapat berkerja dan yuran guaman tidak dapat dikutip daripada anak guam.

“Anak guam juga turut terjejas sumber pendapatan mereka dan tidak dapat membuat bayaran kepada peguam dilantik. Kebanyakan peguam syarie adalah usahawan Melayu yang mempunyai firma sendiri dan menggaji pekerja.

“Mereka tidak mencarum dalam KWSP kerana mereka adalah majikan yang perlu membayar caruman KWSP pekerja. Gaji bulanan pekerja terpaksa dibayar, KWSP pekerja terpaksa dicarum, sewa pejabat, pinjaman perumahan, sewa beli kenderaan, simpanan peribadi dan sebagainya terpaksa dibayar. Nafkah kepada tanggungan perlu dilunaskan,” katanya.

Beliau berkata, sebahagian besar mereka juga peguam muda yang baru membina karier dan belum kukuh ekonomi dan kewangan, termasuk Pelatih Dalam Kamar yang baru bergraduasi, yang sedang menjalani latihan di firma peguam syarie.


Benarkan Mahkamah Syariah beroperasi ikut SOP tertentu


HASNIZA HUSSAIN | | 23 April 2020

SHAH ALAM - Kerajaan digesa membenarkan Mahkamah Syariah meneruskan operasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan banyak aduan berkaitan permasalahan rumahtangga yang dilaporkan berlaku dalam tempoh tersebut.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, operasi tersebut bagaimanapun perlu dibuat mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Beliau berkata, SOP itu adalah waktu operasi dibenarkan daripada hari Isnin sehingga Rabu sahaja bermula jam 8 pagi hingga jam 1 petang sahaja.

"Perlu ada penjarakan sosial serta wajib pemakaian topeng muka bagi kakitangan mahkamah syariah yang bertugas, pelanggan dan Peguam Syarie," katanya.

Selain itu katanya, kes perlu didengar dalam mahkamah terbuka sahaja, dengan jarak lebih satu meter antara satu individu dan individu lain, selain hanya pihak-pihak litigant dan/atau Peguam Syarie sahaja dibenarkan hadir.

Menurutnya, kehadiran pihak-pihak dan/atau Peguam Syarie adalah dengan menunjukkan Notis Panggilan Kes daripada pihak mahkamah sekiranya terdapat sekatan jalan raya (SJR) oleh pihak berkuasa dan Mahkamah syariah perlu melakukan sanitasi nyah cemar dalam semua dewan mahkamah, kaunter dan bangunan.

"Kebenaran memfailkan kes baharu ialah bagi kes-kes yang mustahak atau mendesak sahaja seperti tuntutan pengesahan lafaz cerai luar mahkamah, atau permohonan yang melibatkan Perakuan Segera seperti Permohonan Interim Hadhanah, Interim Nafkah Isteri, Interim Nafkah Anak, Permohonan Injunksi Tegahan atau Pelupusan Harta dan seumpamanya.

"Kes atau tuntutan baharu hendaklah difailkan oleh Peguam Syarie yang dilantik sahaja, sementara bagi yang tidak mampu melantik Peguam Syarie swasta, mereka boleh menggunakan khidmat Jabatan Bantuan Guaman (JBG) yang seharusnya juga dibenarkan beroperasi sepanjang PKP ini.

"Hanya Peguam Syarie yang dilantik sahaja dibenarkan ke mahkamah untuk memfailkan tuntutan atau memfailkan secara dalam talian (bagi mahkamah syariah yang menyediakan aplikasi sedemikian)," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, PGSM melancarkan program Konsultasi Guaman Syariah Secara Atas Talian pada 7 April lalu dan menerima banyak aduan tentang permasalahan rumahtangga yang berlaku semasa PKP antaranya lafaz perceraian yang tidak dapat disahkan, isu perebutan hadhanah termasuk pengabaian atau kecuaian nafkah isteri dan/atau nafkah anak-anak.

Pada 14 April pula Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) difahamkan menghantar surat permohonan bagi mendapatkan pandangan dan kebenaran daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi perbicaraan kes syariah semasa dalam tempoh PKP.

Selang tiga hari kemudian, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sebanyak 353 kes keganasan rumahtangga dilaporkan berlaku sepanjang PKP bermula 18 Mac lalu.

Dalam pada itu, Musa berkata, jika kerajaan membenarkan Mahkamah Syariah beroperasi mengikut SOP ditetapkan ia pasti akan dapat mengurangkan keadaan 'justice delayed is justice denied' yang melibatkan pihak-pihak yang memerlukan keadilan dan penghakiman dalam tempoh segera.

"Usaha ini juga akan dapat memartabatkan institusi mahkamah syariah sebagai salah satu institusi penyelesaian masalah bagi umat Islam di negara ini," katanya.


PKP: PGSM gesa bantuan 'one-off' kepada Peguam Syarie

Malaysiakini

Bernama

Diterbitkan 27 Mar 2020, 2:51 pm

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) hari ini menggesa Majlis Agama Islam Negeri-negeri (MAIN) memberi bantuan 'one-off' sekurang-kurangnya RM1,000 kepada setiap Peguam Syarie sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Presiden PGSM Musa Awang berkata lebih 3,500 Peguam Syarie di seluruh negara hilang sumber pendapatan berikutan semua prosiding di Mahkamah Syariah ditangguhkan sepanjang PKP, yang berlangsung sehingga 14 April ini.

Selain itu,beliau memohon MAIN mengecualikan bayaran pembaharuan sijil amalan tahunan sekurang-kurangnya RM100 hingga RM250 setahun bagi meringankan beban peguam syarie sepanjang pandemik Covid-19.


"Peguam Syarie adalah mereka yang berkelayakan yang diberikan Sijil Peguam Syarie oleh Majlis Agama Islam di negeri-negeri dengan membayar fi tertentu pada setiap tahun supaya mereka dapat melaksanakan amalan guaman di mahkamah syariah.

"Sumber pendapatan Peguam Syarie adalah bergantung sepenuhnya kepada fi guaman yang dibayar oleh anak guam bagi mewakli anak guam sepanjang perbicaraan di mahkamah syariah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Musa mendakwa ada pejabat atau firma Peguam Syarie yang terpaksa ditutup dan bayaran guaman tidak dapat dikutip daripada anak guam.

Sehubungan itu, katanya PGSM berharap kerajaan dapat menyalurkan bantuan dalam bentuk geran untuk membantu para Peguam Syarie.

PGSM juga merayu kepada kerajaan agar menghentikan sementara sumbangan mandatori majikan untuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sehingga sekurang-kurangnya hujung tahun ini.

"Gaji bulanan pekerja terpaksa dibayar, KWSP pekerja terpaksa dicarum, sewa pejabat, pinjaman perumahan, sewa beli kenderaan, simpanan peribadi dan sebagainya terpaksa dibayar. Nafkah kepada tanggungan juga perlu dilunaskan.

"Malah, sebahagian besar Peguam Syarie adalah peguam muda yang baru membina kerjaya dan belum kukuh ekonomi dan kewangan mereka. Begitu juga Pelatih Dalam Kamar yang baharu tamat pengajian dan sedang menjalani latihan di firma-firma Peguam Syarie," katanya.

- Bernama



KAMI BEROPERASI SEPERTI BIASA

DIMAKLUMKAN BAHAWA FIRMA KAMI BEROPERASI SEPERTI BIASA DENGAN SOP KESIHATAN & KESELAMATAN KETAT DI SEPANJANG TEMPOH PKP/PKPD INI BAGI MENGAWAL PENYEBARAN VIRUS COVID-19 KEPADA KAKITANGAN/PELANGGAN.

Bagi pelanggan yang mempunyai isu/persoalan yang SEGERA/MENDESAK seperti –
permohonan pengesahan lafaz cerai luar mahkamah,
tuntutan fasakh
tuntutan nafkah isteri/nafkah anak, tuntutan hak jagaan/hak lawatan anak, permohonan Interim Hak Jagaan Sementara anak atau
Hak Lawatan Sementara anak,
tuntutan cerai persetujuan bersama/hakam/fasakh/taklik,
permohonan Injunksi Transaksi Harta Sepencarian atau
Injunksi tubuh badan
dan lain-lain,

boleh berhubung dengan kami di talian berikut untuk temujanji/konsultasi.

Untuk temujanji/konsultasi sila hubungi :

03-55114391/0355245100
013-330-8590 (Tuan Hilmi)
Email : firmamaa@yahoo.com
https:peguamsyariemas.blogspot.com

\















Pentadbiran Pusaka : Pinda akta, enakmen di bawah mahkamah syariah – PGSM

Pinda akta, enakmen di bawah mahkamah syariah – PGSM Oleh SITI AISYAH MOHAMAD  Sinar Harian, 25 September 2023 Musa Awang SHAH ALAM - Pent...