Peguam Syarie Menulis, Berita Harian
MUSA AWANG
MUSA AWANG
Semasa
bertitah pada majlis Ambang Hijrah dan Pelancaran Sambutan Maal Hijrah
Peringkat Negeri Selangor 1434H di Shah Alam minggu lepas, Sultan Selangor,
Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan ahli politik di negara ini supaya
tidak menyalahgunakan hukum agama dan tafsiran al-Quran sebagai modal politik
bagi meraih sokongan. Baginda juga melarang mereka mencampur adukkan hal ehwal
agama dengan permasalahan politik kerana ia boleh mengeliru dan memecahbelahkan
masyarakat.
Penulis
amat bersetuju dengan titah baginda, kekeliruan yang timbul sejak akhir-akhir
ini berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang
sewenang-wenangnya menterjemah ayat suci al-Quran tanpa mempelajarinya. Ada
orang yang tidak berilmu atau orang tidak layak mentafsir ayat-ayat al-Quran
atau perkara berkaitan hukum Allah melakukan tafsiran mengikut fahaman dan
kehendak masing-masing yang tidak menepati makna yang sebenarnya.
Lebih
malang lagi, beberapa pemimpin politik dari kalangan bukan Islam pun dilihat cuba
mentafsirkan al-Quran, lantaran melihat orang Islam sendiri tidak kira
latarbelakang pendidikan begitu mudah mentafsirkan kitab suci itu.
Kitab
suci Al-Quran bukan untuk sekadar dibaca begitu sahaja, malahan perlu diberikan
tafsiran dan dihayati sewajarnya. Namun bagaimanakah cara tafsiran sebetulnya
yang patut dilakukan? Adakah seorang doktor perubatan atau doktor gigi atau
seorang pakar ekonomi, pakar undang-undang atau pakar politik boleh mentafsirkan
al-Quran mengikut pandangan atau tafsirannya sendiri?
Ilmu
agama termasuk berkaitan dengan hukum hudud tidak boleh ditafsir hanya
berpandukan buku atau sebaran maklumat di internet atau youtube sahaja, tetapi perlu merujuk dan bertalaqqi dengan ulama,
menelaah lembaran dan helaian kitab secara langsung di hadapan guru.
Islam
tidak melarang seseorang untuk memberikan pandangan atau berhujah, tetapi
bukanlah bermaksud bebas mentafsirkan kalam Allah dan hukum Allah dalam
al-Quran dengan menggunakan logik akal semata-mata tanpa sebarang ilmu. Bukan
semua orang mempunyai kelayakan untuk mentafsir al-Quran. Serahkanlah kepada
ulamak atau orang yang layak sahaja untuk berbuat demikian.
Dalam
al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud : ‘Maka hendaklah kamu bertanya
kepada ahli zikir (alim ulama) seandainya kamu tidak mengetahuinya.’ (Surah
al-Nahl: Ayat 43)
Ulama bermaksud seseorang yang menguasai ilmu Allah SWT dengan sangat mendalam dan memiliki akhlak terpuji dengan syarat-syarat tertentu sebagai ulama. Berbeza dengan perkataan alim yang beerti orang yang mengetahui akan tetapi belum tentu orang itu mendalami.
Ulama
ialah mereka yang mampu menyingkap dan memahami dalil-dalil daripada al-Quran
al-Karim dan al-Hadis SAW dengan sempurna, memahami dalil-dalil dan penjelasan
daripada ulama silam, bahkan ada di antara mereka menghafal ratusan ribu hadis,
matan-matan ilmu dan sebagainya lagi untuk melayakkan mereka diistilahkan
sebagai seorang ulama. Mereka juga istiqamah
dengan ilmu-ilmu yang mereka perolehi itu dan tidak cenderong kepada mana-mana
pihak yang berkepentingan dalam menyatakan kebenaran dan hak.
Ulama
sebeginilah yang diiktiraf sebagai pewaris para nabi oleh Rasulullah SAW sepertimana
yang terdapat di dalam sebuah hadis yang bermaksud – ‘Sesungguhnya ulama itu adalah
pewaris para nabi. Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka hanya
mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang mengambil (warisan ilmu) tersebut ia
telah mengambil habuan yang paling sempurna’. (HR Ahmad, al-Tirmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah).
Dalam
hadith yang lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud – ‘Sesungguhnya Allah Taala tidak
mencabut ilmu dengan menghilangkan ilmu daripada manusia akan tetapi Allah
Taala mencabut ilmu dengan mematikan para ulama’. (HR al-Bukhari,
Muslim dan al-Tirmizi)
Menurut
Imam Syatibi, hadis ini menjadi hujah bahawa guru adalah kunci bagi ilmu dan
keperluan mempelajari ilmu terus daripada dada-dada guru. Sebarang persoalan
yang tidak difahami boleh terus secara langsung bertanya kepada guru atau ulama
untuk mendapatkan penjelasan.
Rasulullah
SAW bersabda yang bermaksud - ‘Ilmu itu seperti gudang dan kuncinya adalah
bertanya. Maka hendaklah kamu sering bertanya semoga kamu diberikan rahmat oleh
Allah Taala. Maka sesungguhnya dari satu pertanyaan itu diberikan pahala akan
empat orang. Pertamanya orang yang bertanya. Keduanya guru yang menjawab.
Ketiganya orang yang mendengar jawapan itu. Keempatnya orang yang cinta kepada
mereka’. (HR Abu Nuaim)
Ilmu
syariat atau agama Islam dan kefahamannya perlu dirujuk kepada ahli ilmu
berkenaan yang boleh dipercayai. Ilmu agama adalah sesuatu yang sangat rumit
dan memerlukan penjelasan daripada ulama berbanding dengan ilmu-ilmu keduniaan
lain. Seseorang yang tidak berilmu dalam mentafsir cuba mentafsir al-Quran
mengikut kecenderungannya, sedangkan tidak ada kelayakan untuk berbuat
demikian, boleh merosakkan kesucian al-Quran, mencemarkan kesucian Islam, dan
mengharubirukan masyarakat Islam.
Golongan yang hanya membaca beberapa buku atau buku hadis, tetapi mendakwa mereka sudah pakar dan mampu berijtihad di dalam urusan agama, tanpa bimbingan daripada pakar agama, bukan sahaja akan terus sesat dengan kefahamannya, apabila dia berbicara dan mengeluarkan pendapat boleh menyesatkan orang lain pula. Lebih-lebih lagi jika dia bercakap sesuatu yang bukan dalam bidangnya. Inilah bahaya besar yang sedang menghantui umat Islam mutakhir ini.
Orang ini boleh didakwa menurut Seksyen 9 atau 10 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, iaitu kesalahan Mempersendakan, dll, ayat Al-Quran dan Hadith atau kesalahan Menghina atau menyebabkan dipandang hina, dll., agama Islam.
Seksyen 9 Enakmen memperuntukkan bahawa : "Mana-mana orang yang, dengan kata-katanya atau perbuatannya, mempersendakan, menghina, mencemuh atau menyebab-kan dipandang hina ayat-ayat Al-Quran atau Hadith adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Manakala Seksyen 10 Enakmen sama memperuntukkan : "Mana-mana orang yang dengan perkataan yang dapat didengar atau dibaca atau dengan lukisan, tanda atau bentuk lain gambaran yang tampak atau yang dapat dilihat atau dengan apa-apa cara lain :- menghina agama Islam atau menyebabkan agama Islam dipandang hina; (b) mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam; atau (c) mempersendakan atau menyebabkan dipandang hina mana-mana undang-undang yang sedang berkuatkuasa di Negeri ini yang berhubungan dengan agama Islam, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya."
Wallahu’alam.
- Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dan boleh dihubungi melalui e-mel sekretariatpgsm@yahoo.com