Jika anak masih belajar atau kurang upaya
Oleh
Musa Awang
Mungkin
ramai yang tahu bahawa nafkah seorang anak perlu ditanggung oleh bapanya
sehingga umur 18 tahun atau sehingga anak tersebut berkahwin atau mampu
menanggung nafkah dirinya. Namun hakikatnya pada masa kini, kebanyakan
anak-anak yang berumur 18 tahun dan ke atas masih dibangku sekolah atau di
pusat pengajian tinggi, yang masih memerlukan biaya bagi menampung yuran
pengajian dan sara hidup mereka. Adakah bapa masih wajib menanggungnya? Di
samping itu terdapat juga anak-anak kurang upaya dari segi fizikal dan mental,
yang tidak mampu bergerak aktif seperti manusia normal yang lain, sampai
bilakah mereka perlu ditanggung oleh bapa?
Nafkah
menurut Syarak ialah mengeluarkan belanja kepada mereka yang wajib atas
seseorang itu mengeluarkan untuk anak-anaknya, termasuklah semua hajat dan
keperluan seharian seperti makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal,
ubat-ubatan dan sebagainya.
Kewajipan bapa
mengeluarkan belanja nafkah kepada anak adalah berdasarkan firman Allah s.w.t
dalam Surah al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud : ”Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan
anak-anaknya selama dua tahun genap, iaitu bagi yang hendak menyem[purnakan
penyusuan itu, dan kewajiban bapa ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu
menurut cara sepatutnya. Tidaklah
diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah seorang ibu itu
menderita kerana anaknya dan (jangan juga menjadikan) seorang bapa menderita
kerana anaknya ; dan waris juga menanggung kewajipan tersebut (jika bapa
tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu
dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, atas
mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri
anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu
serahkan (upah) yang kamu berikan itu dengan cara yang patut.”
Seksyen 73 Enakmen
Undang-Undang Keluarga Islam Selangor memperuntukkan kewajiban seorang bapa
menanggung nafkah anak. Seksyen 73 (1)
berbunyi – “Kecuali jika sesuatu
perjanjian atau sesuatu perintah Mahkamah memperuntukkan selainnya, maka adalah
menjadi kewajipan seseorang lelaki menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu
berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain, sama ada dengan
mengadakan bagi mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan
pelajaran sebagaimana yang munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf
kehidupannya atau dengan membayar kosnya. “
Kadar nafkah yang diwajibkan
hendaklah sekadar menurut keperluan dan hajat, menurut keadaan dan kemampuan orang
yang berkewajipan itu. Firman Allah s.w.t dalam surah at-Talak ayat 7 bermaksud
: “Hendaklah
orang yang berkemampuan memberi nafkah menurut kemampuanya. Dan orang yang
telah ditetapkan ke atas reskeinya, maka hendaklah ia mengeluarkan belanja
(nafkah) berdasarkan apa yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t. Tidak
dibebankan oleh Allah seseorang itu melainkan setakat apa yang diberikan oleh
Allah kepadanya. Nescaya Allah akan menjadikan sesudah kesempitan itu
kelapangan.”
Seseorang bapa bertanggungjawab
menanggung belanja nafkah anak-anaknya sehingga anak lelaki mencapai umur
baligh dan anak perempuan sehingga berumahtangga. Kewajipan ini adalah tidak
bersyarat dan mutlak, tidak kiralah samada anak-anak itu berada dalam jagaannya
atau tidak. Sesetengah pihak cuba menafikan hak anak-anak mendapat nafkah atas
alasan bahawa dia tidak dapat berjumpa anak atau dihalang dari berjumpa anak
oleh bekas suami atau bekas isteri. Kewajipan membayar nafkah dan hak lawatan
anak adalah dua perkara yang berbeza dan tidak boleh dijadikan syarat atau alasan
untuk menafikan dan menidakkan hak anak
bagi mendapat pembiayaan nafkah.
Sekiranya anak-anak belum boleh
berdikari, anak itu miskin dan tidak mempunyai harta sendiri dan pada masa yang
sama bapa itu mampu memberi nafkah, maka bapa tersebut masih bertanggungan
untuk memberikan nafkah, walaupun anak bukan di bawah jagaannya.
Jika anak
itu seorang perempuan, menurut mazhab Syafie dan Maliki, wajib nafkahnya ke
atas bapa sehingga anak itu bersuami. Manakala menurut mazhab Hanafi dan
Hanbali, tidak wajib ke atas bapa memberikan nafkah kepada anak perempuan yang
sudah besar dan boleh berusaha sendiri. Pandangan mazhab Hanafi dan Hanbali ini
lebih sesuai dengan keadaan kini, di mana kebanyakan anak perempuan pada masa
kini walaupun sudah bersuami telah berkerja dan berpendapatan untuk menampung
diri sendiri. Jadi sekiranya anak perempuan telah berkerja dan boleh menanggung
nafkah diri sendiri, walaupun belum berkahwin, maka kewajipan bapa untuk
membayar nafkah kepadanya akan tamat.
Seorang anak
lelaki yang belum berkahwin, sihat dan berupaya menyara diri sendiri, bukanlah
menjadi tanggungan ke atas si bapa. Namun mahkamah Syariah boleh atas
permohonan anak tersebut atau mana-mana orang lain untuk melanjutkan perintah
nafkah kepada suatu tempoh akan datang sebagaimana yang difikirkan munasabah,
termasuklah bagi membolehkan anak itu melanjutkan pelajaran atau latihannya. Pada
masa kini, kebanyakan anak-anak yang berumur 18 tahun dan ke atas masih di
bangku sekolah atau di pusat pengajian tinggi, yang masih memerlukan biaya bagi
menampung yuran pengajian dan sara hidup mereka.
Begitu juga
jika anak itu cacat atau kurang upaya (OKU) disebabkan hilang upaya dari segi
akal atau jasmani, yang tidak mampu bergerak aktif seperti manusia normal yang
lain, serta tidak mampu untuk hidup berdikari, maka bapa masih bertanggungan
mengeluarkan belanja untuk nafkah anak tersebut, walaupun umur mereka telah
melebihi 18 tahun.
Seksyen 80 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 memperuntukkan
- “Kecuali-(a) jika sesuatu perintah mengenai nafkah seseorang anak dinyata
sebagai selama tempoh yang lebih singkat; (b) jika sesuatu perintah itu telah dibatalkan; atau (c) jika sesuatu perintah itu dibuat
untuk-(i) seseorang anak perempuan yang belum berkahwin atau yang, oleh sebab
sesuatu hilangupaya dari segi otak atau jasmani, tidak berkebolehan menanggung
nafkah dirinya; atau (ii) seorang anak lelaki yang, oleh sebab sesuatu hilangupaya
dari segi otak atau jasmani, tidak berkebolehan menanggung nafkah dirinya,
perintah nafkah hendaklah tamat apabila anak itu mencapai umur lapan belas
tahun, tetapi Mahkamah boleh atas permohonan oleh anak itu atau oleh seseorang
lain, melanjutkan perintah nafkah itu supaya meliputi apa-apa tempoh tambahan
yang difikirkannya munasabah, bagi membolehkan anak itu mengikuti pelajaran
atau latihan lanjut atau lebih tinggi.”
Mohon tanya.pasangan ini sudah 3tahun bercerai dan tidak bersama,bekas isteri kerja gaji lebih rm2500 sbulan dan bekas suami rm2000 sebulan gaji bkerja.adakah si isteri layak meninggikn harga nafkah daripada bekas suami atas alasan nafkah anak2 mereka walaupun anak dibawah jagaan bekas isteri?sebab selama ni bekas suami mberi nafkah anak rm600 sebulan tidak termasuk nafkah pakaian,makan minum,permainan,barang sekolah yang kadang2 boleh mencecah nafkah rm1000++ setiap bulan manakala bekas isteri melenggang hanya mggunakan duit gaji nya utk dirinya sahaja,tidak untuk anak,malahan sentiasa meminjam wang daripada bekas suami dan bekas keluarga si suami tapi tidak berbayar balik..tolong jelaskan.
ReplyDeletemaaf, hanya berkongsi pndangan/ilmu. setahu sy nafkah itu tgjwp bapa/suami. jadi xperlu dpertikaikan gji isteri/ibu. rm2000 zaman skg ni mkn apa je. suami/bapa perlu usaha lebih tuk mdapat wang sara keluarga yg cukup.
DeleteAnak yg mndapat tajaan mara sbnyk $630 sbln masih perlu diberi?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesy dh bercerai dan dh bernikah semula...dan sy menjaga 4 org anak dr bekas suami..dr 2009 kami bercerai beliau tidak pernah memberi nafkah sesen pon...sy dan suami baru yg menanggung segala perrbelanjaan anak2...dan skrg bekas suami dah meninggal dunia akibat kanser...sekiranya sy ingin menuntut hak2 nafkah ni...siapa yg perlu menanggung nafkah setelah kematiaan bekas suami ni?
ReplyDeleteNafkah anak2 adalah tggjawab suami, datuk dan adik beradik suami. Boleh tanya pjbt agama atau mahkamah. Boleh buat tuntutan.
DeleteBagaimana jika keadaan si ibu yang menyara anak-anak? Adakah jatuh hukum zakat si ibu? mohon penjelasan.
ReplyDeleteMohon penjelasan. Bagaimana tanggungjawab seorang bapa memberi nafkah pada anak2nya sekiranya dia sendiri telah hilang keupayaan dari segi otak dan jasmani?
ReplyDeletemohon jawapan.. boleh kah seorang anak perempuan menerima belanja wang saku dari ayah kandungnya setelah berkahwin. tapi tidak selalu. hanya sekali sahaja. ayahnya memberikan sebagai hadiah kepada anak perempuannya. adakah berdosa jika suami tidak benarkan isteri ambil wang tersebut? isteri ambil kerana risau ayahnya kecil hati jika ditolak.
ReplyDeletesaya nak tanya untuk zaman yg kos hidup semakin tinggi ni berapakah nafkah yg memadai utk anak perempuan yg berumur 13 tahun?
ReplyDeletesekiranya anak perempuan itu sudah berumahtangga, dan anak itu tidak mahu menamatkan nafkah yg diberi oleh bapanya, adakah salah di sisi undang2?
ReplyDeleteSekiranya anak perempuan itu telah bergraduasi, tetapi dia tidak ingin bekerja?
ReplyDeleteJika anak perempuan tidak mahu bekerja bagaimana ? Adakah dia layak ditanggung oleh bapa nya ?? Atau tanggungjawab bapa telah selesai daripada menanggung sianak dan memaksa untuk dia bekerja??
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesaya sudah berkahwin dan suami punyai 9 orang adik bradik. . tetapi sebagai seorang bapak... bapak mentua saya tidak mampu menyekolah kan Anak2 yg lain... yang belajar habis pon adik dua ke bawah tu pon bapak tak da duit untuk masukkan ke kolej komuniti sedangkan yuran masuk baru 500 ringgit dan duit bulan2 belanja pon bapak tidak ambik peduli. . sedang bapak menpunyai tanggup jawab lagi terhadap adik yang las ne... yang saya sakit hati asyik mintak duit kat suami ja mana p tanggung jawab seorang bapak tu. apa harus saya buat
ReplyDeleteseorang ke kolej komuniti seorang sekolah menengah.... itu pon bapak tak da duit untuk menyara tahu sruh mintk duit kat adik bradik yang bagi.... suami saya jadi mangsa sepatutnya nya mak mentua tu tegur la bapak tu.. Anak anak lain pon dah kahwin da jugak tanggung jawab yang lain haru di laksanakan bukan hidup nak menyera depa sekeluarga
Deletedepa ja. .. saya rasa makan hati dengan perangai depa ne.... suami tu tak habis habis nak menyera keluarga. . kalau mampu takpa masalah nya gaji dia pon kecik jugk
DeleteMohon pertayaan. Jika anak lelaki ingin bertunang tatapi anak tersebut masi di bawah tangunggan ibu bapa dan tdak berkerja serta tunangannya meminta duit tunang di beri setiap bulan apa ka hukumnya
ReplyDeleteMohon pencerahan . Klaw bekas isteri minta duit 1300(setahun) untuk hantar ank umur 3 tahun ke pusat asuhan (sebab xdapat jaga anak)kerana dia bekerja . Adakah wajib bg seorg bapa utuk berikan duit tersebuat .... kerana anak tersebuat blh wajib bersekolah lagi ..
ReplyDeleteSifat tak pernah cukup, semua mesti komplete di sediakan , wujud di kalangan ramai orang masa kini, lalu bila ada peluang utk sandarkan kpd orang lain supaya tuntutan mereka dipenuhi akan mereka gunakan sepenuhnya...
ReplyDeleteMaaf nak bertanya, ibu bapa sy dh bercerai dari umur sy 16 thun, bpa sy ada mmberi nafkah tpi sekejap bila sy umur 17 tahun dia berhenti bagi nafkah pd sy sbagai anknya, shinggakn skrg, sy tdk mmpunyai harta sndiri dan duit simpanan yg diberi bapa sy, bapa sy lebih dri kemampuan tetapi abaikan tnggungjawb utk beri nafkah pd anknya, apa patut sy buat ?
ReplyDelete