Sunday, June 24, 2012

Peguam Syarie pertikai MAIP

Oleh SYUKRI SHAARI
pengarang@utusan.com.my




KUALA LUMPUR 24 Jun - Kelewatan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) menandatangani Sijil Peguam Syarie sehingga lebih enam bulan sepatutnya tidak berlaku dan wajib diselesaikan segera oleh kerajaan negeri berkenaan.Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang (gambar) berkata, peguam-peguam syarie yang telah membayar untuk memperbaharui sijil tersebut masih belum menerimanya berikutan ketiadaan Yang Dipertua MAIPP untuk menandatangani sijil itu. 

Katanya, walaupun masih belum menerima pembaharuan sijil, tetapi peguam syarie ini masih boleh mengendalikan kes-kes mahkamah. Bagaimanapun, katanya, kelewatan mengeluarkan Sijil Peguam Syarie bagi 2012 adalah sesuatu yang dikesalkan.

"Kelewatan MAIPP mengeluarkan sijil tersebut boleh menyebabkan para peguam syarie di negeri itu dalam keadaan serba salah terutamanya apabila diminta oleh hakim. Ini boleh menjatuhkan reputasi peguam di hadapan anak guam yang hadir pada sesi pendengaran kes."

Begitu juga dengan kelewatan majlis agama itu menandatangani sijil berkenaan sehingga lebih enam bulan adalah amat dikesalkan, tidak patut berlaku dan wajib diselesaikan segera oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Musa menggesa agar pelantikan Yang Dipertua MAIPP dilakukan segera kerana ketiadaan individu yang memegang jawatan berkenaan memberi kesan kepada kepentingan rakyat Pulau Pinang.Katanya, kerajaan negeri sewajarnya lebih memberi keutamaan kepada kepentingan rakyat berbanding permasalahan politik. Ini kerana akhirnya rakyat termasuklah golongan peguam syarie menjadi mangsanya.

"Justeru itu, saya mencadangkan agar pindaan dibuat terhadap kaedah peguam syarie Pulau Pinang iaitu Ketua Hakim Syarie yang menandatangani sijil berkenaan."Ia lebih mudah memandangkan jawatan Yang Dipertua MAIPP seperti menjadi jawatan politik. Kami bimbang ia akan terus dipolitikkan jika kerajaan bertukar," jelasnya.

No comments:

Post a Comment

Pentadbiran Pusaka : Pinda akta, enakmen di bawah mahkamah syariah – PGSM

Pinda akta, enakmen di bawah mahkamah syariah – PGSM Oleh SITI AISYAH MOHAMAD  Sinar Harian, 25 September 2023 Musa Awang SHAH ALAM - Pent...