Ikatan boleh batal jika wanita masih isteri orang
Peguam Syarie Menulis
Berita Harian, 27 Februari 2013.
Oleh
Musa Awang
Tunang
atau dalam bahasa arab disebut Khitbah adalah suatu hasrat dari seorang
lelaki untuk menjadikan seorang perempuan sebagai isterinya atau secara
ringkasnya suatu perjanjian untuk mendirikan rumahtangga. Perjanjian juga
dianggap sebagai suatu kontrak sebelum memasuki alam pernikahan, iaitu apabila
pihak lelaki mengemukakan hasrat untuk mengahwini pihak perempuan sama ada
secara langsung atau tidak langsung melalui orang tengah atau perantaraan.
Firman
Allah SWT dalam Surah al-Baqarah : 234-235 yang bermaksud “… Dan tidak ada dosa bagi kamu meminang
wanita-wanita itu dengan sindiran atau kamu menyembunyikan (keinginan
mengahwini mereka) dalam hatimu. Allah mengetahui bahawa kamu akan
menyebut-nyebut mereka, dalam pada itu janganlah kamu mengadakan janji kahwin
dengan mereka secara rahsia, kecuali sekadar mengucapkan (kepada mereka)
perkataan yang ma’aruf…”
Mengikut
adat orang Melayu, jika seorang lelaki berkenan kepada seorang perempuan, maka
hasratnya akan diluahkan kepada ibubapanya. Maka ibubapa lelaki atau saudara
maranya akan bertandang ke rumah perempuan untuk memaklumkan kepada ibubapa
perempuan tersebut tentang hasrat hati lelaki berkenaan.
Bukan tiket hubungan bebas
Kebiasaannya, sebentuk cincin merisik akan dibawa sewaktu bertandang tersebut. Sewaktu merisik inilah perbincangan mengenai majlis pertunangan akan diadakan, seperti tarikh dan tempat untuk majlis bertunang.

Hikmah
bertunang adalah untuk membuka jalan perkenalan antara pasangan bertunang,
mengenali hati budi masing-masing, menyuburkan rasa cinta kerana perkahwinan
hendaklah diasaskan kepada cinta antara satu sama lain, dan memastikan jiwa dan
emosi pasangan yang bertunang stabil, kerana bebas dari gangguan lelaki atau perempuan
yg lain.
Namun,
ikatan pertunangan ini bukanlah bermakna ia suatu tiket membenarkan lelaki dan
perempuan bergaul bebas. Menjadi tanggungjawab ibubapa untuk menyegerakan akad
perkahwinan jika didapati ikatan pertunangan itu telah menyebabkan hubungan
bebas antara pasangan yang bertunang.
Secara
amnya Islam telah menggariskan sifat-sifat ataupun syarat-syarat yang
sepatutnya dimiliki oleh setiap pasangan yang berhasrat bertunang. Lelaki yang
mengemukakan hasrat untuk bertunang wajiblah seorang yang berakal, beragama
Islam, dan telah berusia akhil baligh. Lelaki tersebut juga harus pasti
orangnya, supaya tidak keliru dengan orang yang mempunyai nama yang sama.
Disyaratkan juga lelaki itu hendaklah seorang lelaki yang tidak mempunyai
isteri seramai 4 orang.
Syarat
pada pihak perempuan juga hendaklah beragama Islam, pasti orangnya, terutama
sekali apabila perempuan tersebut mempunyai ramai adik beradik perempuan, dan halal
bagi lelaki yang ingin meminangnya.
Wanita yang haram dikahwini
Perempuan
yang diharamkan dikahwini dijelaskan dalam firman Allah SWT yang bermaksud : “Diharamkan ke atasmu menikahi ibu-ibumu,
anak-anak perempuanmu, saudara-saudara perempuanmu, saudara-saudara perempuan
bapamu (ibu saudara sebelah bapa), saudara-saudara perempuan ibumu (ibu saudara
sebelah ibu), anak-anak perempuan daripada saudara lelakimu, anak-anak
perempuan daripada saudara perempuanmu, ibu-ibu yang menyusukanmu,
saudara-saudara perempuan sepersusuan, ibu mentuamu dan anak-anak tirimu yang
ibunya sudah kamu campuri, tetapi jika kamu belum mencampuri ibunya, kamu boleh
mengkahwininya.” [Surah al-Nisa, ayat 32].
Perempuan
itu juga hendaklah bukan di dalam eddah cerai hidup atau cerai mati, dan hendaklah
bukan isteri kepada lelaki lain. Mana-mana pertunangan yang diadakan dengan
perempuan yang telah bersuami ianya adalah tidak sah dan terbatal.
Lelaki
yang menjalin hubungan dengan seorang perempuan sedangkan dia mengetahui perempuan
itu adalah isteri seseorang, lalu menyatakan kesediaan untuk mengambil
‘kekasihnya’ itu sebagai isteri jika diceraikan oleh suaminya, juga termasuk
dalam konteks meminang yang dilarang Syarak. ‘Peminangan’ sedemikian akan
mendorong perempuan itu meminta cerai daripada suaminya, sebagai jalan untuknya
berkahwin dengan kekasihnya.
Islam
melarang seorang isteri meminta cerai dari suaminya, tanpa sebab yang diharuskan
Syarak. Sabda Rasulullah SAW bermaksud : “Mana-mana
perempuan yang meminta suaminya menjatuhkan talak tanpa apa-apa kesalahan, maka
haramlah ke atasnya bau syurga.” – [HR Abu Daud dan at-Tirmidzi].
Disyaratkan
juga perempuan tersebut hendaklah bukan tunangan lelaki lain. Adalah haram
untuk meminang seorang perempuan yang telah bertunang. Dalam satu hadith dari
Ibn Umar, Rasulullah SAW bersabda bermaksud - “Tidak boleh meminang seorang atas pinangan saudaranya sehingga yang
meminang sebelumnya itu meninggalkan pinangannya atau diizinkan baginya”
[HR Bukhari & Muslim].
Bagaimanapun,
perempuan yang sudah bertunang boleh dipinang setelah ikatan pertunangan
dibatalkan oleh pihak lelaki atau dipersetujui oleh pihak lelaki, yakni si
lelaki bersedia memutuskan pertunangan itu.
Tuntutan gantirugi pertunangan
Memutuskan ikatan pertunangan tanpa apa-apa sebab yang sah boleh menyebabkan tindakan gantirugi pertunangan dikemukakan di Mahkamah Syariah. Seksyen 15 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 (Pindaan 1992) memperuntukkan – “Jika seseorang telah mengikat suatu pertunangan mengikut Hukum Syara', sama ada secara lisan atau secara bertulis, dan sama ada secara bersendirian atau melalui seorang perantaraan, dan kemudiannya enggan berkahwin dengan pihak yang satu lagi itu tanpa apa-apa sebab yang sah manakala pihak yang satu lagi bersetuju berkahwin dengannya, maka pihak yang mungkir adalah bertanggungan memulangkan pemberian-pemberian pertunangan, jika ada, atau nilainya dan membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan dengan suci hati oleh atau untuk pihak yang satu lagi untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu, dan yang demikian boleh dituntut melalui tindakan dalam Mahkamah.”

Menaruh
minat terhadap perempuan yang telah bertunang juga adalah suatu perkara yang
perlu dielakkan. Perbuatan meminang atau menjalin hubungan dengan tunangan
orang boleh menyebabkan perbalahan, pergaduhan, perpecahan dan boleh memutuskan
silaturrahim. Islam melarang keras perbuatan memutuskan silaturrahim. Sabda
Nabi SAW yang bermaksud : “Tidak masuk
syurga orang yang memutuskan hubungan silaturrahim.”- (HR Muslim)
- Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam
Syarie Malaysia (PGSM). E-mail : sekretariatpgsm@yahoo.com.
Go to link -
http://www.bharian.com.my/articles/PeguamSyarieMenulis_Hikmahbertunang/Article/
Go to link -
http://www.bharian.com.my/articles/PeguamSyarieMenulis_Hikmahbertunang/Article/