FMT Reporters
“Dr Mahathir pada 6 Februari 2018 mempertahankan penubuhan Jakim di bawah pemerintahannya dengan berkata ia bertujuan mendekatkan kerajaan kepada ajaran Islam.
May
27, 2018
Persatuan
Peguam Syarie Malaysia membantah usaha membubarkan Jakim yang diberi peranan
penting oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dulu.
Musa
Awang Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM).
(Gambar facebook)
PETALING
JAYA: Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) membantah usaha membubarkan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana peranan penting yang diberikan
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dulu.
Presiden
Musa Awang berkata Jakim ditubuhkan pada 1997 sebagai sebahagian dasar
penerapan nilai Islam yang dimulakan Dr Mahathir.
“Dr Mahathir pada 6 Februari 2018 mempertahankan penubuhan Jakim di bawah pemerintahannya dengan berkata ia bertujuan mendekatkan kerajaan kepada ajaran Islam.
“Dr Mahathir juga menjelaskan penubuhan Jakim kerana hendak mendekatkan
kerajaan dengan ajaran Islam supaya apa yang kita lakukan (dalam pentadbiran)
tidak bercanggah dengan Islam.
“Dalam
kenyataan tersebut juga, Dr Mahathir berkata Pakatan Harapan akan berbincang
untuk mengekalkan Jakim sekiranya gabungan itu berjaya merampas Putrajaya,”
katanya dalam kenyataan.
Musa berkata
penubuhan Jakim bukan untuk menyekat hak orang bukan Islam mengamalkan agama
mereka secara aman dan damai.
Menjawab
hujah mengatakan agama adalah peribadi maka tidak wajar dana awam dibelanjakan
untuk penguatkuasaan agama, Musa berkata perbelanjaan itu sebenarnya sah
berdasarkan Perkara 12 (2) Perlembagaan Persekutuan.
“Yang
berbunyi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggarakan
atau membantu dalam menubuhkan atau menyenggarakan institusi-institusi Islam
atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan
melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu,”
katanya.