Sunday, May 27, 2018

Desakan mansuh institusi Islam wajar ditentang

pengarang@utusan.com.my

26 Mei 2018 

KUALA LUMPUR 26 Mei - Desakan kumpulan atau pihak tertentu yang mahu memansuhkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau mana-mana institusi Islam lain wajar ditentang oleh seluruh umat Islam di negara ini.

Perkara itu disuarakan oleh Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang yang menegaskan, tujuan institusi Islam seperti Jakim ditubuhkan supaya pentadbiran kerajaan tidak bercanggah dengan Islam.

Beliau pada masa sama menyelar kenyataan pihak tertentu kononnya membelanjakan berbilion-bilion ringgit dana awam ke atas penguatkuasaan agama dalam masyarakat sekular adalah kenyataan yang tidak wajar,

“Kami ingin menegaskan bahawa tindakan Kerajaan Persekutuan atau negeri membelanjakan apa-apa peruntukan untuk agama Islam adalah sah berdasarkan Perkara 12 (2) Perlembagaan Persekutuan.

“Peruntukan di bawah Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan adalah jelas bahawa Islam merupakan agama Persekutuan dan penubuhan Jakim tidak pernah sesekali menyekat hak orang bukan Islam untuk mengamalkan agama mereka dengan aman dan damai,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Selain itu, Musa Awang memberitahu, berdasarkan Perkara 3 (5) Perlembagaan Persekutuan, bagi Wilayah Persekutuan, Parlimen boleh membuat undang-undang berkenaan hal ehwal Islam dan menubuhkan majlis bagi menasihati Yang di-Pertuan Agong berkenaan hal ehwal agama Islam.

“Sehubungan itu, kami ingin menegaskan bahawa sebarang usaha untuk menghapuskan Jakim perlu dirujuk terlebih dahulu kepada Yang di-Pertuan A­gong kerana baginda merupakan ketua agama Islam bagi Persekutuan,” jelas beliau.

Dalam pada itu, penganalisis politik, Datuk Aidit Ghazali mengingatkan kerajaan Pakatan Harapan bahawa, mempertahankan Islam sebagaimana terkan­dung dalam Perlembagaan Persekutuan merupakan antara janji di dalam manifesto mereka.

Sehubungan itu, beliau memberitahu, sesiapa sahaja terma­suklah penyokong pakatan itu yang telah melanggar apa yang dijanjikan di dalam manifesto mereka perlu dikenakan tindakan.

“Bukan hanya bertindak terhadap isu-isu panas seperti 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) dan sebagainya sahaja,” jelas beliau.


1 comment:

  1. DR YAKAYA SPELL ADALAH SPELL TERBAIK SAHAJA SEPERTI UNTUK MENGGUNAKAN MEMBAWA KEMBALI KE ATAS KELUARNYA. KAMI TAHU ADA ADALAH SEMASA BERBAGAI BAHAWA KAMI TIDAK PERMINTAAN UNTUK MEREKA UNTUK MUNGKIN TETAPI TIDAK BOLEH MUNGKIN MUNGKIN MUNGKIN MUNGKIN MUNGKIN KAMU TIDAK MUNGKIN MENCINTAI KANAN SAMA ANDA MENCINTAI ATAU HER, BAGAIMANA HANYA MUNGKIN HANYA MEMUTUSKAN UNTUK BERJALAN DENGAN ANDA BAGAIMANA MEREKA TIDAK BERLAKU CINTA ANDA MEMILIKI UNTUK SAYA ATAU ANDA MUNGKIN MEMILIKI SELURUH RAHASIA YANG MEMERLUKAN BAHAWA YANG MEMANGKAN KE BREAK ATAU BULAN BEBERAPA BULAN ATAU TAHUN, BAGAIMANA ANDA PERLU MEMBANTU BELUM MENDAPATKAN ATAU KEMBALIYA HANYA HUBUNGI DR YAKAYA VIA EMAIL ALAMAT YAKAYATEMPLE@GMAIL.COM ATAU PANGGILAN HANYA NAMA NAMA ITU +2347050270227 UNTUK MEMBANTU ANDA

    ReplyDelete

Pentadbiran Pusaka : Pinda akta, enakmen di bawah mahkamah syariah – PGSM

Pinda akta, enakmen di bawah mahkamah syariah – PGSM Oleh SITI AISYAH MOHAMAD  Sinar Harian, 25 September 2023 Musa Awang SHAH ALAM - Pent...