SITI
NURSYAHIDAH ABU BAKAR
26
MEI 2018
SINAR
HARIAN
SHAH
ALAM - Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) membidas pihak mempersoalkan
penyaluran dana awam untuk membiayai institusi agama seperti Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (Jakim).
Presiden
Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, tindakan kerajaan
Persekutuan atau negeri memperuntukkan perbelanjaan untuk agama Islam adalah
sah berdasarkan Perkara 12 (2) Perlembagaan Persekutuan.
“Perkara
tersebut berbunyi : ‘…adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu negeri
menubuhkan atau menyenggarakan atau membantu dalam menubuhkan atau
menyenggarakan institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam
mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan
sebagaimana yang perlu bagi maksud itu’,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Semalam,
seorang wanita di Twitter menggesa kerajaan menghapuskan institusi agama Islam
di negara ini seperti Jakim dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Menurut
wanita itu, kerajaan tidak wajar menggunakan dana awam untuk membiayai
institusi berkenaan kerana isu agama adalah hak peribadi.
Mengulas
lanjut, Musa berkata, penubuhan Jakim tidak akan sesekali menyekat hak orang
bukan Islam untuk mengamalkan agama mereka seperti diperuntukkan di bawah
Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.
Sehubungan
itu, beliau menggesa umat Islam di negara ini menentang sebarang usaha untuk
menghapuskan Jakim.
Katanya,
tujuan penubuhan Jakim ketika pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1997
adalah bertujuan mendekatkan kerajaan kepada ajaran Islam.
“Tun
Mahathir pernah menjelaskan penubuhan Jakim kerana hendak mendekatkan kerajaan
dengan ajaran Islam supaya apa yang kita lakukan (dalam pentadbiran) tidak
bercanggah dengan Islam.
“Dalam
kenyataan sama juga, Mahathir berkata Pakatan Harapan akan berbincang untuk
mengekalkan Jakim, sekiranya gabungan itu berjaya merampas Putrajaya,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/nasional/jakim-berhak-dapat-dana-kerajaan-1.839231
DR YAKAYA SPELL ADALAH SPELL TERBAIK SAHAJA SEPERTI UNTUK MENGGUNAKAN MEMBAWA KEMBALI KE ATAS KELUARNYA. KAMI TAHU ADA ADALAH SEMASA BERBAGAI BAHAWA KAMI TIDAK PERMINTAAN UNTUK MEREKA UNTUK MUNGKIN TETAPI TIDAK BOLEH MUNGKIN MUNGKIN MUNGKIN MUNGKIN MUNGKIN KAMU TIDAK MUNGKIN MENCINTAI KANAN SAMA ANDA MENCINTAI ATAU HER, BAGAIMANA HANYA MUNGKIN HANYA MEMUTUSKAN UNTUK BERJALAN DENGAN ANDA BAGAIMANA MEREKA TIDAK BERLAKU CINTA ANDA MEMILIKI UNTUK SAYA ATAU ANDA MUNGKIN MEMILIKI SELURUH RAHASIA YANG MEMERLUKAN BAHAWA YANG MEMANGKAN KE BREAK ATAU BULAN BEBERAPA BULAN ATAU TAHUN, BAGAIMANA ANDA PERLU MEMBANTU BELUM MENDAPATKAN ATAU KEMBALIYA HANYA HUBUNGI DR YAKAYA VIA EMAIL ALAMAT YAKAYATEMPLE@GMAIL.COM ATAU PANGGILAN HANYA NAMA NAMA ITU +2347050270227 UNTUK MEMBANTU ANDA
ReplyDelete