Oleh
Musa Awang
Dua
peraturan baharu berkaitan muallaf yang akan diperkenalkan oleh kerajaan negeri
Sembilan perlu diteliti semula dengan mengambilkira pandangan pelbagai pihak.
Dua
peraturan tersebut ialah seorang bukan Islam perlu membubarkan perkahwinannya
yang terdahulu sebelum dibenarkan berdaftar sebagai mualaf di Negeri Sembilan
dan mereka juga perlu membuat akuan berkanun yang menyatakan telah memeluk
Islam.
Urusan
perkahwinan dan perceraian bukan Islam dikawal selia Akta Membaharui
Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976. Menurut Seksyen 51 Akta
tersebut, apabila salah satu pihak kepada sesuatu perkahwinan bukan Islam itu
memeluk Islam, hanya pihak yang tidak memeluk Islam sahaja boleh memfailkan
petisyen untuk perceraian di mahkamah sivil selepas tiga bulan dari tarikh
memeluk Islam.
Ketidakadilan
berlaku apabila Seksyen 51 itu hanya memberi hak kepada pihak tidak memeluk
Islam memfailkan petisyen pembubaran perkahwinannya di mahkamah, manakala pihak
yang memeluk Islam tidak mempunyai hak membubarkan perkahwinan.
Walaupun
pihak memeluk Islam boleh memohon membubarkan perkahwinannya di mahkamah
syariah melalui Seksyen 46 (2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri
Selangor 2003, malangnya perintah mahkamah syariah tidak mengikat pihak yang
tidak memeluk Islam. Perkahwinan asal mereka didaftarkan melalui kaedah sivil
dan mahkamah sivil yang berhak membubarkan perkahwinan itu dan bukan mahkamah
syariah. Yang menjadi mangsa ialah pihak yang memeluk Islam, terutama jika si isteri
yang memeluk Islam.
Kita faham niat kerajaan negeri Sembilan mengadakan peraturan baharu itu untuk mengelakkan mudarat lebih besar dengan mengambil mudarat yang lebih kecil, berdasarkan kaedah fiqh yang berbunyi - "Kemudaratan yang lebih berat atau besar dihilangkan dengan melaksanakan kemudharatan yang lebih ringan". Satu lagi kaedah fiqh yang hampir sama iaitu "Bila harus memilih antara dua mudarat maka pilih yang paling ringan"
Ia adalah kerana mutakhir ini, kes-kes perebutan anak yang melibatkan pasangan memeluk Islam telah mengheret institusi agama dan Islam ke kancah perebutan tersebut, yang akhirnya Islam dipersalahkan.
Kita faham niat kerajaan negeri Sembilan mengadakan peraturan baharu itu untuk mengelakkan mudarat lebih besar dengan mengambil mudarat yang lebih kecil, berdasarkan kaedah fiqh yang berbunyi - "Kemudaratan yang lebih berat atau besar dihilangkan dengan melaksanakan kemudharatan yang lebih ringan". Satu lagi kaedah fiqh yang hampir sama iaitu "Bila harus memilih antara dua mudarat maka pilih yang paling ringan"
Ia adalah kerana mutakhir ini, kes-kes perebutan anak yang melibatkan pasangan memeluk Islam telah mengheret institusi agama dan Islam ke kancah perebutan tersebut, yang akhirnya Islam dipersalahkan.
Walaubagaimanapun dari sudut yang lain,
peraturan baharu tersebut berkemungkinan membawa mudarat yang lebih besar
daripada niat asal. Seorang
yang memeluk Islam tidak dibenarkan berdaftar sebagai muallaf selagi belum
mendapat perintah membubarkan perkahwinannya yang terdahulu di mahkamah sivil,
sedangkan realitinya proses untuk membubarkan perkahwinannya di mahkamah sivil
akan mengambil masa yang lama dan melibatkan banyak perkara antaranya harta
sepencarian dan hak penjagaan anak.
Apa akan jadi sekiranya muallaf tersebut
meninggal dunia semasa dalam proses menyelesaikan proses perceraian di mahkamah sivil?
Bagaimana dengan urusan pengebumiannya? Tidakkah ia akan membanyakkan lagi kes
perebutan mayat?
Dalam
kes Nora Teoh Abdullah di Pulau Pinang (2014), ibu berusia 38 tahun yang
memeluk Islam terpaksa diperintahkan untuk dipulangkan semula kepada saudara
mara untuk dikebumi mengikut agama asal mereka kerana mahkamah mendapati proses
pemelukan dan pendaftaran muallaf tersebut tidak mematuhi kehendak
undang-undang dan operasi operasi standard (SOP) JAIPP.
Masalah
juga akan timbul berkenaan hak pembahagian harta pusakanya. Jika pihak yang
memeluk Islam meninggal dunia semasa dalam proses menyelesaikan proses perceraian di mahkamah sivil,
tentu pihak yang tidak memeluk Islam boleh mengatakan dia juga berhak ke atas
harta pusaka yang ditinggalkan, kerana pemelukan Islam tersebut belum
didaftarkan. Keadaan ini akan menimbulkan masalah perebutan harta antara waris kedua
mereka.
Jika
peraturan baharu tersebut dilaksanakan, ia juga adalah sama sekali berlawanan
dengan peruntukan Seksyen 112, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan
2003, yang memperuntukkan bahawa menjadi keperluan atau kewajipan (compulsory) kepada
Pendaftar Muallaf untuk memberikan Perakuan Memeluk Agama Islam kepada muallaf.
Perakuan Memeluk Agama Islam tersebut hendaklah menjadi bukti muktamad tentang
fakta-fakta yang dinyatakan dalam Perakuan itu.
Berdasarkan
Seksyen 108 dan 109 yang sama, seseorang itu menjadi seorang Islam sebaik-baik
sahaja dia habis mengucap dua kalimah syahadah dan selepas itu muallaf tersebut
tertakluk kepada obligasi atau tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan seperti
seorang Islam.
Muallaf
akan dinafikan haknya untuk hidup mengikut kepercayaan agama Islam kerana
beliau masih dianggap suami isteri di sisi undang-undang sivil jika proses
perceraiannya di mahkamah sivil berpanjangan. Sedangkan jelas mengikut hukum
syarak, perkahwinan itu terbubar dalam tempoh tertentu jika pihak yang satu
lagi tidak ikut memeluk Islam.
Seksyen
113 Enakmen yang sama pula menyatakan bahawa seseorang yang telah memeluk agama
Islam dan pemelukan telah didaftarkan dalam Daftar Muallaf hendaklah, bagi
maksud mana-mana undang-undang Persekutuan atau Negeri, dan pada setiap masa
diperlakukan sebagai orang Islam. Seseorang yang telah didaftarkan sebagai pemeluk
agama Islam juga tertakluk bagi maksud penguatkuasaan mana-mana peruntukan undang-undang
di Negeri Sembilan, diperlakukan sebagai orang Islam.
Misalnya
tempoh selama dua tahun diambil untuk menyelesaikan perceraian di mahkamah
sivil, maka dalam dua tahun tersebut muallaf akan dinafikan haknya sebagai
seorang muallaf untuk menerima pengagihan zakat, lantaran belum memiliki
Perakuan Memeluk Agama Islam.
Demikianlah sebahagian mudarat yang
lebih besar yang berkemungkinan akan berlaku sekiranya peraturan baharu
tersebut dilaksanakan. Maka sebaiknya peraturan baharu tersebut ditangguhkan
dahulu dengan membuat satu kajian dan penelitian teliti dengan melibatkan
pelbagai pihak seperti ulama’, NGO Islam serta golongan muallaf sendiri.
Wallahu’alam.
- Penulis ialah Pengerusi Persatuan
Peguam Syarie Malaysia (PGSM). E-mail : sekretariatpgsm@yahoo.com