PUTRAJAYA – Keputusan Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan SIS Forum (Malaysia), tidak membatalkan keabsahan pemakaian fatwa yang melarang penganut Islam mengamalkan fahaman pluralisme dan liberalisme.
Presiden
Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang menegaskan, individu
beragama Islam yang bertanggungjawab atas apa-apa tindakan syarikat, pertubuhan
atau institusi yang melanggar fatwa tersebut, kekal terikat dengan fatwa yang
dikeluarkan.
“Ini
kerana sesebuah syarikat, pertubuhan atau institusi tidak bergerak sendiri,
sebaliknya digerakkan oleh individu-individu tertentu,” ujar beliau dalam
kenyataan hari ini.
Antara
penyokong Pertubuhan Sister In Islam (SIS) yang hadir selepas berjaya dalam
rayuannya di Mahkamah Persekutuan membatalkan fatwa pihak berkuasa agama Islam
Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu sesat dan menyeleweng di Istana
Kehakiman Putrajaya. Foto MUHAIMIN MARWAN, 19 JUNE 2025
Menurut Musa,
Mahkamah Persekutuan telah menjalankan tugas mentafsir peruntukan Perlembagaan
Persekutuan, khususnya perkataan perkataan ‘orang-orang yang menganut agama
Islam’ dalam Butiran 1 Senarai II – Senarai Negeri, Jadual Kesembilan,
Perlembagaan Persekutuan (‘Butiran 1’).
Ujar beliau,
keputusan itu hanya berkenaan had pemakaian fatwa tersebut kepada orang-orang
sebenar (natural persons) dan bukan orang-orang buatan/tiruan (artificial
persons) seperti sebuah syarikat, pertubuhan atau institusi.
“Tiada pihak
yang kalah atau menang dalam keputusan tersebut.
“Ini bermaksud
kuasa mengeluarkan fatwa berkaitan agama Islam ke atas penganutnya masih kekal
dalam bidang kuasa eksklusif pihak berkuasa agama negeri (Jawatankuasa Fatwa,
Majlis Agama Islam Negeri dan Kerajaan Negeri),” ujarnya.
Menurut Musa,
panel hakim tidak membuat apa-apa komen mahu pun menyatakan apa-apa pendapat
tentang isi kandungan fatwa tersebut khususnya terhadap frasa berbunyi:
“… fahaman
liberalisme dan pluralisme adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam’
dan ‘mana-mana individu yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan
pluralisme agama hendaklah bertaubat dan kembali ke jalan Islam.’
Sehubungan itu,
PGSM menggesa usaha penyemakan dan penambahbaikan semua peruntukan
undang-undang khususnya yang melibatkan undang-undang berkaitan agama Islam dan
umat Islam perlu dilakukan dari semasa ke semasa dengan melibatkan sesi libat
urus pelbagai pihak.
Ujarnya,
tindakan itu memenuhi keperluan hukum syarak, malah selari dengan undang-undang
lain yang terpakai di negara ini.
PGSM
mengeluarkan kenyataan itu susulan keputusan panel empat hakim Mahkamah
Persekutuan yang membenarkan rayuan SIS Forum dan pengasasnya, Zainah Mahfoozah
Anwar untuk mencabar fatwa yang mengisytiharkan ia menyeleweng dan sesat.
Dalam keputusan
majoriti 3-1, Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat berpendapat, fatwa
tersebut tidak boleh digunakan terhadap SIS Forum kerana ia sebuah syarikat,
bukan individu yang menganut agama Islam.
Beliau
bersama-sama Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan
Tan Sri Nallini Pathmanathan membenarkan rayuan tersebut manakala Datuk Abu
Bakar Jais mencapai keputusan menentang dan menolak rayuan itu. –
MalaysiaGazette
IKUTI KAMI
DI MEDIA SOSIAL
Facebook
: Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette
TV
Youtube MGFlash : MG
Flash
TikTok : Malaysia
Gazette
Threads : Malaysia
Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG
Podcast
No comments:
Post a Comment