Monday, August 12, 2019
musa awang: Pindaan enakmen selaras peruntukan Perlembagaan
musa awang: Pindaan enakmen selaras peruntukan Perlembagaan: Perbincangan, penelitian semula perlu dilaksana elak isu terus berpanjangan Berita Harian 12 Aug 2019 Oleh Mohd Nasaruddin Parzi...
Pindaan enakmen selaras peruntukan Perlembagaan
Perbincangan, penelitian semula perlu dilaksana elak isu
terus berpanjangan
Berita Harian
12 Aug 2019
Oleh Mohd
Nasaruddin Parzi
bhnews@bh.com.my
Kuala Lumpur: Cadangan pindaan enakmen berkaitan penukaran
agama anak di bawah umur bukan isu peluk Islam sebelah pihak, sebaliknya bagi
menyelaras Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri dengan peruntukan
Perlembagaan Persekutuan.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa
Awang, berkata pindaan dicadang itu untuk diselaras dengan peruntukan Perkara
12(3) dan 12(4) Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata, kekhuatiran dan perbezaan pendapat yang
timbul ketika ini mungkin kerana mereka mahu mengekalkan apa yang sedia ada
dalam enakmen pentadbiran yang menggunakan perkataan ‘dan’.
“Walaupun dengan mengekalkan itu, ia sebenarnya
bertentangan dengan peruntukan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan,” katanya
kepada BH.
Perkara 12(3) Perlembagaan Persekutuan menyebut tiada
seorang pun boleh dikehendaki menerima ajaran sesuatu agama atau mengambil
bahagian dalam apa-apa upacara atau upacara sembahyang sesuatu agama, selain
agamanya sendiri.
Sementara Perkara 12(4) menjelaskan, bagi maksud fasal
(3), agama seseorang yang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu
atau bapanya atau penjaga.
Perbezaan pendapat berkenaan isu pindaan enakmen ini wujud
susulan pendirian DAP Selangor menyatakan pihaknya tidak akan menyokong
mana-mana Rang Undang-undang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang
bercadang membenarkan penukaran agama kanak-kanak bawah umur secara sepihak
oleh seorang daripada ibu bapa mereka.
Beliau berkata, peruntukan itu berbeza dengan Seksyen 117
(Keupayaan untuk memeluk
agama Islam) di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam
Selangor 2003.
“Bagi maksud bahagian ini (Seksyen 117), seseorang yang
tidak beragama Islam boleh memeluk agama Islam jika dia sempurna akal dan ;-
(a) sudah mencapai umur 18 tahun; atau (b) jika dia belum mencapai umur 18
tahun, ibu dan bapa atau penjaganya mengizinkan pemelukan agama Islam olehnya,”
katanya.
Musa berkata, cadangan pindaan enakmen itu juga tidak
menyentuh mengenai kekeluargaan Islam secara keseluruhan, sebaliknya hanya berkait dengan pihak
yang asalnya beragama bukan Islam, kemudian salah seorangnya memeluk Islam dan
ingin membawa anaknya ke dalam Islam.
Katanya, cadangan pindaan itu tidak memberi kelebihan
kepada pasangan beragama Islam saja kerana sudah pun ada keputusan di Mahkamah
Persekutuan dalam kes Indira Ghandi dan bekas suaminya, Muhammad Riduan
Abdullah, tahun lalu.
“Mahkamah Persekutuan membuat keputusan Perlembagaan tidak
boleh ditafsir secara harfiah dan persetujuan kedua-dua ibu bapa diperlukan
sebelum individu bawah umur menukar agama,” katanya.
Beliau berkata, apabila timbul isu dan bantahan pihak
tertentu berkenaan cadangan pindaan ini, maka jalan terbaik adalah menerusi
perbincangan dan penelitian semula.
“Bantahan timbul mungkin disebabkan tidak jelas atau tidak
faham,” katanya.
Cadangan pindaan itu tidak memberi kelebihan kepada
pasangan beragama Islam saja kerana sudah pun ada keputusan di Mahkamah
Persekutuan dalam kes Indira Ghandi dan bekas suaminya, Muhammad Riduan
Abdullah, tahun lalu.
Musa Awang, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Jika anak masih belajar atau kurang upaya Oleh Musa Awang Mungkin ramai yang tahu bahawa nafkah seorang anak perlu ditanggun...
-
Ikatan boleh batal jika wanita masih isteri orang Peguam Syarie Menulis Berita Harian, 27 Februari 2013. Oleh Musa Awang Tu...
-
Elak masalah semasa meninggal dunia Peguam Syarie Menulis, Berita Harian 12 Disember 2012 MUSA AWANG Menurut Sayyid Qutb, ...
Pentadbiran Pusaka : Pinda akta, enakmen di bawah mahkamah syariah – PGSM
Pinda akta, enakmen di bawah mahkamah syariah – PGSM Oleh SITI AISYAH MOHAMAD Sinar Harian, 25 September 2023 Musa Awang SHAH ALAM - Pent...