Wednesday, September 8, 2010

Sumbang mahram bukti kedangkalan agama, adat resam



Oleh Tuan Musa Awang

Berita Harian 08/09/2010

Islam melaknat orang melakukan perkara terkutuk di dunia dan akhirat

RAMADAN kali ini banyak menguji keimanan sebagai umat Islam. Menatap akhbar sepanjang Ramadan, kita dihidangkan berita meruntun jiwa dan menyayat hati. Kisah adik beradik dirogol abang kandung, datuk merogol cucu dan adik merogol kakak sendiri.

Sumbang mahram ialah perbuatan zina yang dilakukan seseorang yang ada pertalian darah atau keturunan dengan mangsa atau hubungan jenis antara mereka yang mempunyai tali persaudaraan dan perkahwinan mereka tidak sah di sisi agama, undang-undang serta adat resam.

Islam melaknat orang melakukan sumbang mahram di dunia dan akhirat. Firman Allah SWT bermaksud: “Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan berikut), ibu kamu, anak kamu dan saudara kamu, saudara bapa kamu, saudara ibu kamu, anak saudara kamu yang lelaki, dan anak saudara kamu yang perempuan dan ibu kamu yang telah menyusukan kamu....”(Surah an-Nisa’: 23)

Sumbang mahram bukan saja merosakkan kesihatan fizikal, mental dan sosial yang berpotensi tinggi menghasilkan keturunan secara biologi lemah fizikal dan mental (cacat), tetapi juga suatu bukti kedangkalan agama serta adat resam.

Sumbang mahram ialah jenayah menurut Seksyen 376A dan Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang enam tahun dan tidak melebihi 20 puluh tahun serta sebatan.

Sumbang mahram dikenakan hukuman menurut Seksyen 20, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, (Akta 559), yang memperuntukkan: “Mana-mana orang yang melakukan perbuatan sumbang mahram adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.”

Mengikut statistik Polis Bukit Aman, sepanjang 2000 hingga 2007, Johor dan Selangor mencatatkan kes sumbang mahram tertinggi iaitu masing-masing sebanyak 308 kes daripada keseluruhan 2,158 kes dilaporkan kepada polis.

Sabah mencatatkan jumlah kedua tertinggi iaitu sebanyak 258 kes, diikuti Perak (197), Kedah (195), Pahang (164) dan Sarawak (136). Terengganu mencatatkan sebanyak 109 kes, Kelantan (107), Negeri Sembilan (102), Melaka (101), Kuala Lumpur (96), Pulau Pinang (59) dan Perlis (18).

Statistik kes sumbang mahram kerap dilaporkan. Namun, ada juga mangsa tidak membuat laporan khuatir si pelaku akan dipenjarakan atau hilang mata pencarian. Ada juga mangsa diugut supaya tidak melaporkan jenayah itu. Dalam kebanyakan kes, sumbang mahram tidak dilaporkan serta merta.

Kajian Dr Abdul Hadi Zakaria, pada 1996 dan laporannya diterbitkan Januari 1998 dengan tajuk ‘Haruan Makan Anak: Inses di Semenanjung Malaysia’ menunjukkan dari 1992 hingga 1994, 30 peratus kes rogol dilaporkan membabitkan sumbang mahram.

Pelaku utama jenayah ini ialah bapa kandung (48.8 peratus) dan diikuti bapa tiri (24.4 peratus). Si pelaku lain ialah bapa saudara, abang ipar dan datuk. Kebanyakan kes sumbang mahram berlaku di rumah kediaman mangsa.

Kajian juga menunjukkan kes sumbang mahram membabitkan mangsa yang muda, iaitu 54.9 peratus dari mereka berumur antara 11 hingga 15 tahun manakala umur si pelaku pula dari semuda 18 hingga 65 tahun.

Antara punca berlaku sumbang mahram ialah kegagalan atau kecuaian isteri memuaskan keperluan suami akibat tuntutan kerja, kepenatan, kelemahan iman, ketandusan ilmu dan kurang penghayatan agama.

Kelemahan agama menjadi lebih parah jika mereka terdedah dengan gambar atau filem porno yang mudah dimuat turun atau dipindahkan ke dalam telefon bimbit.

Islam melarang lelaki dan wanita berdua-duaan di tempat sunyi kerana akan muncul syaitan yang menghasut ke arah kejahatan seperti sabda Rasulullah yang bermaksud: “Tidak berada di tempat sunyi antara seorang lelaki dan seorang wanita kecuali yang ketiganya adalah syaitan.”

Islam juga mensyariatkan supaya dipisahkan tempat tidur anak dan ibu bapa sejak mereka berusia tujuh tahun serta mengajarkan kepada mereka supaya memberi salam serta meminta izin terlebih dulu sebelum masuk ke bilik ibu bapa.

Islam mensyariatkan supaya bilik untuk anak gadis diasingkan dengan bilik anak lelaki apabila mereka akil baligh, serta menekankan batas aurat, pergaulan antara ibu bapa dengan anak dan adik beradik berlainan jantina. Perasaan malu mendedahkan aurat perlu ditekankan sejak anak kecil lagi.

Firman Allah bermaksud: “Wahai anak Adam, sesungguhnya kami telah menurunkan kepada kamu (bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmat kepada hamba-Nya supaya mereka mengenang dan bersyukur)."(Surah Al-A'raaf: 26)

Walaupun ahli keluarga boleh membuka aurat dalam kalangan mereka tetapi tidak sehingga menampakkan bahagian antara pusat dan lutut, berpakaian terlalu nipis, seksi atau mengikut bentuk badan. Anak juga perlu ditekankan larangan berzina dan melakukan dosa besar.

Peningkatan kadar perceraian, dikhuatiri kanak-kanak terdedah kepada risiko gejala sumbang mahram. Jika seseorang ibu berkahwin semula, anak perempuan akan tinggal serumah dengan bapa tiri, menjadikan risiko mereka terdedah kepada penganiayaan seksual bapa tiri.

Bagi kes yang membabitkan adik beradik, keluarga yang bercerai akan menyumbang kepada faktor ini kerana si ibu keluar rumah untuk mencari rezeki dengan meninggalkan abang menjaga adik di rumah.

Penulis ialah Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia

40 comments:

  1. Salam En. Musa,

    Just to pass some points of view if you may consider.

    Seorang ibu yg sanggup membunuh bayinya sendiri adalah kerana dia takut kepada ibubapanya, keluarganya, masyarakat, kerajaan, polis, jabatan agama dan semua yg bersekutu dengannya. Satu-satunya yang si ibu tidak takut ialah Allah. Orang berani buat jahat sebab tak takut Allah, dan orang yang tak berani buat jahat sebab takutkan Allah.

    Orang yang takut dengan Allah sebab dia kenal Allah dengan sebenar-benar kenal kepada-Nya. Orang yang tak takut kepada Allah sebab dia tak kenal Allah dengan sebenar-benar kenal kepada-Nya.

    Ittakullah....Fear to God.
    You fear none when your fear is to God alone

    'Takutlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung'

    ...When you fear a person, you'll be farther from them;
    But when you fear to God, insyallah you'll be closer to Him;
    He is the Closest of All (Samiul Qarib). He is closed to us and even much closer than the neck's vain.

    p/s - You can run much faster when you're in fear - safety conscious
    u/p - Tak ramai yang suruh takwa. Tapi ramai sungguh yang suruh takut-wa.

    ReplyDelete
  2. 'LA IKRA HAFIDDIN…..' @'LET THERE BE NO COMPULSIONS IN RELIGION……..'(Quran, Al Baqarah, 256)

    Full reading - ‘Let there be no compulsion in religion, truth stand out clear from error, whoever rejects Devil and believes in God, he indeed has laid hold on the firmest handle, which shall not break off, and God is Hearing, Knowing’ (Al Quran, The Cattle, 256)

    Aren’t we should celebrate, pray or tasbih such words and uphold them?

    When there's law for prison in any religion in the country (Sharia Law), does the religion celebrating Al Quran or burrying it?

    Prophet was not sent as enforcer – Enforcer is a title higher than prophet (Penguatkuasa adalah pangkat yg lebih tinggi daripada Nabi).A prophet was also not even sent as a prefect.

    ReplyDelete
  3. Matter about ‘Rasul’ is WHOSE BUSINESS?
    IS IT GOD’S BUSINESS?
    @
    MALAYSIAN’S GOVERNMENT OR STATE GOVERNMENT BUSINESS? URUSAN ALLAH ATAU URUSAN SERI PADUKA BAGINDA?

    Can anyone claimed the matter as - ‘MY BUSINESS!’, beside GOD HIMSELF?

    There are thousands accusations of CRAZY from thousands of men on rasul melayu Abdul Kahar Ahmad, and is still on going. (All over internet and all over the nation)

    Then why is he in prison?

    A confirmation for temporary prison already can almost make you crazy, BUT
    A confirmation for eternal prison, Hell will surely make you crazy.

    Even to send a man for a maximum life sentence of prison require almost maximum 100% proven facts and acts,

    Surely then to send a man for eternal sentence in Hell surely require perfect 100% proven facts and acts.

    There's possibility of innocent man being prison in this world, but would there be any innocent man held in Hell, in the Hereafter?

    'By the pen and whatever they record, you, by your Lord's favor, are no madman! You will receive payment which will never be withheld. You have been [formed] with tremendous character, so you will observe even as they observe, which of you is mad'. (The Koran, The Pen, 1 - 6)

    MAKA KELAK KAMU AKAN MELIHAT DAN MEREKA PUN AKAN MELIHAT, SIAPA DI ANTARA KAMU YANG GILA.' (Al Quran, Al Qalam : 5 - 6)

    ReplyDelete
  4. To whom will the Prophet strongly believe and help either before, here & after? To you?

    'And remember, when God took a covenant from the prophets:
    'Indeed, whatever I gave to you is Book and Wisdom, then come to you a messenger confirming what is with you, for sure you will strongly believe in him and help him?'
    Said,
    'Do you confess and accept My Covenant
    towards such?'

    They say,
    'We confessed'

    Said,
    'Therefore, witness it and I'll be Witness together with you'

    (Al Quran, Ali Imran's Family, 81)

    ReplyDelete
  5. Since there's so much failures in the people so called Moslems, can we say that Prophet Muhammad had failed on his duty? Is the prophet who failed or they're that failed?

    AL QURAN, ABRAHAM: 4

    [14.4] And We did not send any messenger but with the language of his people, so that he might explain to them clearly; then God makes whom He pleases strayed and He guides whom He pleases and He is the Mighty, the Wise.

    ReplyDelete
  6. Something about 'Al Quran'(The Reading)

    If you know the meaning,
    Insyallah you'll get the mean out of it,
    But if you don't know the meaning, you'll be mean....
    Some slay with sharp swords,
    Some slay with sharp words,
    Woods can bring fire,
    Words too can bring fire,

    Even the lights of the sun,the moon and the stars that is so high up there on heaven can reached the earth to give the means out of it man and all livings on earth;

    Well how about the lights of God, The Most High, above the 7th Heaven?

    ReplyDelete
  7. If you don't speaks the truth, you're not truly speaking,
    Kalau tak bercakap benar, tak benar-benar bercakap,
    Just like a child, mumbling...

    Truth - Reality
    Lies - Fantasy
    Truth - Straight / Lurus
    Lies - Crooked / Bengkok

    Are you leaning on the straight Ruler or crooked Ruler?

    For the spirit of truth;

    A'uzubillahiminashaitanirrajim,
    Bismillahirrahmanirrahim,

    'Allah berserta dengan orang benar'

    Kalau tipu;

    A'uzubillahiminashaitanirrajim,
    Bismillahirrahmanirrahim,

    'Tahukah kamu kepada siapa syaitan-syaitan itu turun? Ia turun kepada pendusta-pendusta lagi banyak berbuat dosa'

    Kalau benar, maka Allah-lah yang berserta;
    Kalau dusta, maka syaitanlah yang turun kepadanya;

    ReplyDelete
  8. TIME

    By time, everyman at a loss
    except for those who believe,
    perform honorable deeds,
    ...encourage Truth, and recommend patience.

    ReplyDelete
  9. Hanya Allah-lah yang mampu melindungi daripada mereka yang ingin ditakuti manusia, yang ingin menguasai manusia, yang ingin disembah manusia dan menyerahkan diri kepadanya samada dengan rela mahupun terpaksa yang seperti Allah ketika Dia memerintahkan kepada langit dan bumi supaya datang kepada-Nya samada secara suka mahupun terpaksa.

    ReplyDelete
  10. Dan tidak ada sesuatu yang menghalangi manusia untuk beriman tatkala datang petunjuk kepadanya, kecuali perkataan mereka: "Adakah Allah mengutus seorang manusia menjadi rasul?"

    Katakanlah: "Kalau seandainya ada malaikat-malaikat yang berjalan-jalan sebagai penghuni di bumi, niscaya Kami turunkan dari langit kepada mereka seorang malaikat menjadi rasul". (Al Israa', 94 - 95)

    Anda malaikat atau manusia?

    ReplyDelete
  11. ASLIMA?

    Mereka yang mensyarikatkan Allah (bukan La Syarikalah ke?) seperti JAIS (separate entity and unseen entity) telah menyeru kepada manusia 'ASLIMA' sepertimana seruan Allah kepada Ibrahim yang dijawab dengan 'ASLAMTULIRABBILALAMIN', sehingga menawarkan ganjaran RM 20,000 ke atas seorang manusia ISLAM kerana enggan ASLIMA kepada mereka...

    ReplyDelete
  12. Insyallah esok kebanyakan manusia akan dibangkitkan Allah dari tidurnya.

    Maka insyallah senang nak percaya pada Hari manusia dibangkitkan Allah dari matinya.

    Sesuatu yang kita pernah buat untuk pertama kali, kalau nak buat lagi mudah.

    Maka insyallah senang nak percaya yang penciptaan kita kali kedua nanti di akhirat adalah mudah bagi Allah.

    ReplyDelete
  13. Seorang pemaju perumahan akan mengadakan rumah mainan (dunia) sebagai sample tentang rumah yang sebenar yang ditawarkan (akhirat)

    Maka insyallah senang nak percaya pada kehidupan yang kekal di negeri akhirat melalui sample kehidupan dunia yang sementara yang telah diciptakan-Nya.

    Orang yang childish akan mengejar mainan,
    Orang yang dewasa akan mengejar yang sebenar.

    ReplyDelete
  14. Days Of Your Lives

    You only have 30,000 days to spent in this world should you managed to reach the age of 80 years old. (15,000 nights for rest & 15,000 days for work).

    It's just a while, so make it worth a while.

    What have you done for tomorrow?

    While you're Here will determined your Eternal in After.

    So, would you take the advantage?
    Or, taking advantage?

    ReplyDelete
  15. Seorang peguam tentu memahami keadaan, situasi dan keperluan sesuatu sumpah yang diadakan.

    Maka perhatikanlah sumpah di bawah:

    Maka Aku bersumpah: Demi segala yang kamu melihatnya, dan segala yang kamu tidak melihatnya. Bahawa sesungguhnya Al-Quran itu ialah wahyu dari Kami yang disampaikan oleh Rasul yang mulia. Dan bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang penyair, amatlah sedikit kamu beriman. Dan juga bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang pawang, amatlah sedikit kamu mengambil peringatan. Diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam. Dan kalaulah dia mengatakan atas nama Kami secara dusta – sebarang kata-kata rekaan, sudah tentu Kami akan menyentapnya, dengan kekuasaan Kami, -
    Kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan tali jantungnya; Maka tidak ada seorangpun di antara kamu yang dapat menghalang tindakan Kami itu daripada menimpanya. Dan sesungguhnya (Al-Quran) itu tetap menjadi peringatan bagi orang-orang yang bertaqwa. Dan sesungguhnya Kami sedia mengetahui bahawa ada di antara kamu yang mendustakan. Dan sesungguhnya Al-Quran itu sudah tentu akan menyebabkan penyesalan bagi orang-orang yang kafir. Dan sesungguhnya Al-Quran itu adalah benar-benar kebenaran yang diyakini. Oleh itu bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar. (Al Quran, Al Haqqa, 38 - 52)

    Abdul Kahar Bin Ahmad dah lebih 20 tahun mengaku yang dia adalah Rasul Allah, maka dapatkah anda berfikir?

    ReplyDelete
  16. Dan apabila datang kepada mereka sesuatu keterangan, mereka berkata: “Kami tidak akan beriman sehingga kami juga diberi yang sama seperti yang telah diberikan kepada rasul-rasul Allah”. Allah lebih mengetahui di mana dan kepada siapakah yang sepatutnya Ia berikan jawatan Rasul yang diberikanNya itu. Orang-orang yang melakukan perbuatan yang salah itu akan ditimpa kehinaan di sisi Allah, dan azab seksa yang amat berat, disebabkan perbuatan tipu daya yang mereka lakukan. Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya untuk menerima; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman. Dan inilah jalan Tuhanmu yang betul lurus. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan ayat-ayat keterangan satu persatu, bagi kaum yang mahu beringat. (Al An'aam; 124 - 126)

    ReplyDelete
  17. Dan hari Allah menghimpunkan mereka semua: “Wahai sekalian jin! Sesungguhnya kamu telah banyak pengikut-pengikut dari manusia”. Dan berkatalah pula pengikut-pengikut mereka dari golongan manusia: “Wahai Tuhan kami, sebahagian kami telah bersenang-senang dengan sebahagian yang lain, dan kami telah sampailah kepada masa kami yang Engkau telah tentukan bagi kami”. (Allah berfirman): “Nerakalah tempat kediaman kamu, kekal kamu di dalamnya, kecuali apa yang dikehendaki Allah”. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.
    Dan demikianlah Kami jadikan sebahagian dari orang-orang yang zalim itu kawan rapat dengan sebahagian yang lain, disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

    (Al An'aam, 128 - 129)

    ReplyDelete
  18. Wahai sekalian jin dan manusia! Bukankah telah datang kepada kamu rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu, dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari ini? Mereka menjawab: “Kami menjadi saksi atas diri kami sendiri”. Dan mereka telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri: bahawa sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mengingkari. Yang demikian itu, kerana Tuhanmu tidak membinasakan negeri-negeri secara zalim sedang penduduknya leka lalai. Dan bagi tiap-tiap seorang mereka, beberapa darjat disebabkan amalan yang mereka telah kerjakan; dan Tuhanmu tiadalah lalai dari apa yang mereka lakukan. Dan Tuhanmu Maha Kaya, lagi Melimpah-limpah rahmatNya. Jika Ia kehendaki, nescaya Ia binasakan kamu dan menggantikan sesudah kamu dengan sesiapa yang dikehendakiNya, sebagaimana Ia telah menjadikan kamu dari keturunan kaum yang lain. Sesungguhnya apa yang dijanjikan kepada kamu tetap akan datang, dan kamu tidak akan dapat melepaskan diri.

    (Al An'aam, 130 - 134)

    ReplyDelete
  19. Kurnia Allah (anak-anak) yang diharamkan oleh manusia dengan membunuh anak-anaknya dengan menidakkan dirinya sebagai bapa kepada anaknya sendiri dengan menukarkan bin atau bintinya kepada ABDULLAH.


    Sesungguhnya rugilah orang-orang yang membunuh anak-anak mereka kerana kebodohan, lagi tidak berpengetahuan, dan juga mengharamkan apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepada mereka, dengan berdusta terhadap Allah. Sesungguhnya telah sesatlah mereka, dan tiadalah mereka mendapat petunjuk.

    (Al An'aam, 140)

    ReplyDelete
  20. JAWATAN NAZIR A.K.A.???

    Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu rasul Kami sebagai bukti kepada kamu ketika terputusnya rasul-rasul, supaya kamu tidak berkata : “Tidak datang kepada kami seorang pun pembawa berita gembira (Bashir) dan juga pembawa amaran (Nazir)”. Kerana sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang pembawa berita gembira (Bashir) dan juga pembawa amaran (Nazir). Dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (AL MAIDAH, 19)

    Jika terdapat banyak Nazir-Nazir yang bebas di dalam negeri, maka mengapa pula seorang manusia yang memegang jawatan rasul pula dipenjarakan (A.K.A.)???

    Rasul A.K.A Bashir A.K.A Nazir A.K.A. - Abdul. Kahar. Ahmad.

    ReplyDelete
  21. Dan demi sesungguhnya, rasul-rasul sebelummu pernah juga didustakan, maka mereka sabar terhadap perbuatan orang-orang yang mendustakan mereka dan menyakiti mereka, sehingga datanglah pertolongan Kami kepada mereka; dan sememangnyalah tiada sesiapa pun yang dapat mengubah Kalimah-kalimah Allah; dan demi sesungguhnya, telah datang kepadamu sebahagian dari khabar berita rasul-rasul itu. (AL AN'AAM, 34)

    ReplyDelete
  22. APAKAH KITAB AL QURAN HANYA DITURUNKAN KEPADA ORANG DAHULU SAHAJA?

    Dan ini sebuah Kitab yang Kami turunkan, yang banyak berkahnya. Oleh itu, hendaklah kamu menurutnya; dan bertaqwalah, mudah-mudahan kamu beroleh rahmat. Supaya kamu tidak mengatakan: “Bahawa Kitab itu hanya diturunkan kepada dua golongan dahulu sebelum kami, dan sesungguhnya kami lalai akan apa yang dibaca dan dipelajari oleh mereka”.

    (AL AN'AAM, 155 - 156)

    ReplyDelete
  23. Atau supaya kamu mengatakan: “Sesungguhnya kalau diturunkan Kitab kepada kami tentulah kami mendapat petunjuk hidayah lebih daripada mereka”. Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan dari Tuhan kamu, dan petunjuk hidayah serta rahmat-Nya. Oleh itu, siapakah yang lebih zalim lagi daripada orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah dan berpaling daripadanya? Kami akan membalas orang-orang yang berpaling dari ayat-ayat keterangan Kami dengan azab seksa yang seburuk-buruknya, disebabkan mereka sentiasa berpaling.

    (AL AN'AAM, 157)

    ReplyDelete
  24. KEPADA PENGUASA-PENGUASA

    Dan Dia lah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

    (AL AN'AAM, 165)

    ReplyDelete
  25. “Wahai kaumku, buatlah sedaya upaya kamu, sesungguhnya aku juga tetap beramal; kemudian kamu akan ketahui siapakah yang akan beroleh kebaikan dan kejayaan di dunia ini. Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu tidak akan berjaya.

    ReplyDelete
  26. Mereka tidak menunggu melainkan kedatangan malaikat, atau kedatangan Tuhanmu, atau kedatangan sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu. Pada hari datangnya sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu itu, tidak berfaedah lagi iman seseorang yang tidak beriman sebelum itu, atau yang tidak berusaha mengerjakan kebaikan mengenai imannya. Katakanlah: “Tunggulah kamu, dan kami pun sebenarnya menunggu."

    (AL AN'AAM, 158)

    ReplyDelete
  27. Do you say AL QURAN is

    NEWS???? (Nabi or Naba)
    or
    OLD TALES????

    So would you accept the new?

    ReplyDelete
  28. CAN THE MAJORITY LEADS US TO GOD'S WAY? (similar system to politics)

    Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.

    (AL AN'AAM, 116)

    ReplyDelete
  29. Adakah ABDUL KAHAR AHMAD tidak mendapat wahyu dan sombong takbur kepada ayat-ayat Allah di bawah?

    Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara yang dusta terhadap Allah, atau orang yang berkata: “Telah diberi wahyu kepadaku”, padahal tidak diberikan sesuatu wahyupun kepadanya; dan orang yang berkata: “Aku akan menurunkan seperti apa yang diturunkan Allah”. Dan sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dalam penderitaan “sakratul-maut”, sedang malaikat-malaikat pula menghulurkan tangan mereka sambil berkata: “Keluarkanlah nyawa kamu; pada hari ini kamu dibalas dengan azab seksa yang menghina sehina-hinanya, disebabkan apa yang telah kamu katakan terhadap Allah dengan tidak benar, dan kamu pula sombong takbur akan ayat-ayat keteranganNya”.

    (AL AN'AAM, 93)

    ReplyDelete
  30. Hari ketika Allah menghimpunkan Rasul-rasulNya lalu bertanya: “Apakah penerimaan yang diberikan kepada kamu?” Rasul-rasul itu menjawab: “Tidak ada bagi kami pengetahuan yang sah tentang itu, kerana sesungguhnya Engkaulah sahaja yang Maha Mengetahui akan segala perkara yang ghaib”

    (AL MAIDAH, 109)

    ReplyDelete
  31. 'Sesungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nuh dan nabi-nabi yang kemudiannya, dan Kami telah memberikan wahyu kepada Ibrahim, Ishak, Yaakub dan anak-cucunya, Isa, Ayub, Yunus, Harun dan Sulaiman. Dan Kami berikan Zabur kepada Daud.

    Dan rasul-rasul yang sungguh telah Kami kisahkan tentang mereka kepadamu dahulu, dan rasul-rasul yang tidak Kami kisahkan tentang mereka kepadamu. Dan Allah telah berbicara kepada Musa dengan langsung (Kallam Allahu Musa Taklima)

    Selaku rasul-rasul pembawa berita gembira dan pemberi peringatan agar supaya tidak ada alasan bagi manusia membantah Allah sesudah diutus-Nya rasul-rasul itu. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

    Tetapi Allah mengakui apa yang diturunkan-Nya kepadamu. Allah menurunkannya dengan ilmu-Nya, dan malaikat-malaikat pun menjadi saksi; Cukuplah Allah yang mengakuinya.'

    (An Nisaa' @ Wanita, 163 - 166)

    Adakah yang mengharapkan wahyu dari Allah?
    Atau
    Allah sudah tidak menurunkan wahyu-Nya???

    ReplyDelete
  32. He who admit himself as normal mankind that makes mistakes either big (air besar) or small (air kecil), learnt and forgives in his daily life, is much advance (advisor) than the angels.

    Behind the mistakes, there's lessons; small lessons and big lessons. If many mistakes; many lessons. Again, if many mistakes, many forgiveness.

    So remain as human and don't try to be angel or immortal or you're going down under.

    Devil's invitation to Adam and Eve;

    'Then began Satan to whisper suggestions to them, bringing openly before their minds all their shame that was hidden from them (before): he said: "Your Lord only forbade you this tree, lest ye should become angels or such beings as live forever."

    (Al Araaf @ The Summit: 20)

    Adam do not even blamed the Devil. He blamed nothing else but himself.

    They said: "Our Lord! We have wronged our own souls: If Thou forgive us not and bestow not upon us Thy Mercy, we shall certainly be lost."

    (Al Araaf, The Summit: 23)

    ReplyDelete
  33. 'Dan bagaimana kamu menjadi kafir padahal kepada kamu dibacakan ayat-ayat Allah, dan dalam kalangan kamu ada Rasul-Nya? Dan sesiapa berpegang teguh kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan yang lurus.' (Ali Imran, 101)

    Is Al Quran above left only as History?
    Not present and not renew? Or Expired already?

    ReplyDelete
  34. Jika Nabi Muhammad yang telah wafat berbicara dengan anda, maka adakah anda akan mempercayainya?

    'Dan jika Kami turunkan malaikat pun kepada mereka, dan orang-orang yang mati berkata-kata dengan mereka, dan Kami himpunkan pula tiap-tiap sesuatu di hadapan mereka, nescaya mereka tidak juga akan beriman, kecuali jika dikehendaki Allah; tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.' (Al An'aam: 111)

    ReplyDelete
  35. Anda ingin Syahid?

    'Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada rasul, kamu lihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran yang telah mereka ketahui; seraya berkata: "Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (Syahidin).'

    (Al Maidah @ Hidangan : 83)

    ReplyDelete
  36. ‘BERIBU-RIBU AMPUN’???

    Name anyone that you’ve committed such as above besides ALLAH?

    Jika ada manusia yang inginkan perkataan ‘beribu-ribu ampun’ dikatakan kepadanya, maka ada ke ‘Duli Yang Maha Pengampun’??? (Manusia yang tak pengampun, mulia ke?)

    Apalah gunanya jika mendapat beribu keampunan daripada beribu manusia, tetapi tidak mendapat keampunan daripada Allah, Tuhan Yang Satu?

    Bagaimanakah keadaan seorang manusia yang tidak mendapat keampunan daripada Yang Maha Pengampun? Apakah sampai begitu teruk sekali sehinggakan Yang Maha Pengampun tidak mengampunkannya?

    Siapakah yang lebih tinggi kedudukannya dan berani tidak mengampunkan seorang hamba-Nya yang telah diampunkan oleh Allah, Yang Maha Pengampun? (Abdul Kahar @ Hamba Yang Maha Mengalahkan)

    ReplyDelete
  37. AGAMA ISLAM - WAY OF LIFE? (JALAN KEHIDUPAN)?

    Yang Hidup dan Yang Mati, yang manakah Rasul anda?

    Rasul manakah yang lebih susah untuk dipercayai? Yang mati atau yang hidup?

    Siapakah Yang Hidup Kekal, Yang Menghidupkan dan Mematikan, Yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan yang mengeluarkan yang mati dari yang hidup?

    QUL @ KATAKAN!

    Waktu bilakah anda mendengar SUARA rasul anda supaya dia dapat memberikan penjelasan dengan terang kepada anda?

    ‘Kami tidak mengutus seorang rasulpun melainkan di dalam bahasa kaumnya supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka. Maka Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki, dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Dia-lah Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.’ (Surah Ibrahim, ayat 4)

    Kalau tak ada suara macamana nak QUL atau KATAKAN???

    Hanya orang yang hidup yang boleh berkata-kata.

    Allah menetapkan pasangan dari yang jenis kamu. Maka orang yang hidup akan berpasangan dengan orang yang hidup; dan orang yang mati berpasangan dengan orang yang mati.

    ReplyDelete
  38. KIBLAT @ DIRECTION

    Kiblat @ Direction on the Past @ West @ Sunset (Matahari Terbenam)
    Kiblat @ Direction on the Present @ East @ Sunrise (Matahari Terbit)

    All things are in pairs, if you have your past, do you have your present?

    ReplyDelete
  39. JIBRIL RESIGN OR RE SIGN???

    Jika sudah tiada rasul lagi diutuskan di dunia pada hari ini, maka;

    Apakah Jibril sudah meletakkan jawatan, atau bersara, atau bertukar jabatan?

    Bagaimana pula halnya dengan tugas-tugas malaikat-malaikat yang lain seperti malaikat maut, mikail, zabaniyah dan seterusnya?

    Percayakah anda kepada malaikat-malaikat?

    ReplyDelete
  40. Apakah Al Quran tidak bermakna atau penuh makna?

    Kalau maknanya pun tak faham, tentulah jauh sekali nak faham yang penuh makna.

    ReplyDelete

Pentadbiran Pusaka : Pinda akta, enakmen di bawah mahkamah syariah – PGSM

Pinda akta, enakmen di bawah mahkamah syariah – PGSM Oleh SITI AISYAH MOHAMAD  Sinar Harian, 25 September 2023 Musa Awang SHAH ALAM - Pent...