Harian
Metro
3 Aug
2017
Musa
Awang
Pindaan Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Pindaan 2017) sudah
diluluskan Parlimen selepas melalui bacaan kali kedua di Dewan Rakyat. Antara
pindaan terbaru dalam akta berkenaan adalah memberi kuasa kepada Pegawai
Kebajikan Masyarakat untuk mengeluarkan Perintah Perlindungan Kecemasan
(Emergency Protection Order), sebagai tambahan kepada Perintah
Perlindungan Interim (IPO) dan Perintah Perlindungan (PO) yang
sedia ada.
Suatu permohonan bagi suatu Perintah Perlindungan Kecemasan boleh
dibuat pada bila-bila masa secara ex-parte oleh mangsa keganasan, peguam
mangsa, penjaga, saudara atau oleh seorang pegawai kebajikan masyarakat yang
lain, bagi mendapatkan perlindungan secara kecemasan, bagi menghalang si pelaku
melakukan keganasan rumah tangga terhadap isteri atau suami atau bekas isteri
atau bekas suami, kanak-kanak, orang dewasa tidak berkeupayaan atau mana-mana
anggota keluarga yang lain.
Perintah Perlindungan Kecemasan juga boleh melarang si pelaku
daripada memasuki tempat selamat, tempat berlindung, tempat kediaman, kediaman
bersama atau kediaman alternatif mana-mana orang dilindungi, mengikut mana-mana
yang berkenaan.
Suatu Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO) yang dikeluarkan
adalah sah selama tempoh tujuh hari dari tarikh pengeluaran perintah itu dan
berkuat kuasa apabila suatu salinan perintah itu disampaikan si pelaku.
Tafsiran keganasan rumah tangga dalam pindaan 2017 juga diperluas
dengan membolehkan mangsa mendapat Perintah Perlindungan Interim (IPO) dan
Perintah Perlindungan (PO) apabila si pelaku menggelapkan harta, mengugut dan
mengaibkan kehormatan sehingga menyebabkan mangsa berasa takut dan sedih
melalui apa-apa cara termasuk medium elektronik.
Jika sebelum ini, perlakuan yang termasuk dalam tafsiran keganasan
rumahtangga antaranya sengaja atau cuba meletakkan mangsa dalam keadaan
ketakutan kecederaan fizikal, menyebabkan kecederaan atau mencederakan mangsa
secara fizikal, memaksa atau mengancam untuk melakukan perbuatan berbentuk
seksual atau selainnya yang mana mangsa itu berhak untuk tidak melakukannya,
melakukan khianat atau memusnahkan atau merosakkan harta dengan niat untuk
menyebabkan kesedihan atau kegusaran kepada mangsa, menyebabkan mangsa
mengalami delusi dengan menggunakan bahan memabukkan atau apa-apa bahan lain
tanpa kerelaan mangsa, atau dengan kerelaan tetapi diperoleh dengan cara yang
menyalahi undang-undang, atau menyebabkan kanak-kanak mengalami delusi dengan menggunakan
bahan yang memabukkan.
Si pelaku yang diserahkan Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO)
tetapi dengan sengaja melanggar perintah berkenaan adalah melakukan suatu
kesalahan dan jika disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit
atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Berdasarkan statistik Polis Di Raja Malaysia (PDRM) yang
didedahkan di Parlimen sesi lalu, sebanyak 62,670 kes keganasan rumahtangga
dilaporkan dari 2000 sehingga Januari 2017 dengan anggaran 3,800 kes setahun
bersamaan 323 kes sebulan.
Menurut statistik pecahan etnik, kaum Melayu mencatatkan 33,301
kes, kaum India sebanyak 14,164; kaum Cina 8,942 kes manakala 6,263 keganasan
rumah tangga dicatatkan lain-lain kaum.
Antara sebab atau punca keganasan rumah tangga yang dilaporkan
ialah disebabkan campur tangan mentua, kaki judi, kehilangan pekerjaan, masalah
kewangan, mempunyai perhubungan luar nikah, mengalami tekanan jiwa, menganggur,
menghadapi tekanan di tempat kerja, panas baran, pemabuk, penagih dadah,
perebutan hak penjagaan anak, perselisihan faham dan lain-lain.
Mungkin ramai yang beranggapan Akta Keganasan Rumahtangga
bertujuan untuk melindungi kaum wanita saja, memandangkan ramai wanita yang
menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Anggapan tersebut tidak benar, kerana
Akta berkenaan melindungi semua mangsa termasuk isteri, suami, bekas isteri,
bekas suami, kanak-kanak, orang dewasa tak berkeupayaan atau mana-mana anggota
lain keluarga.
Menurut Seksyen 2 akta itu juga, ‘isteri atau suami’ meliputi isteri
atau suami de facto, iaitu, seseorang yang sudah melalui suatu bentuk istiadat
yang diiktiraf sebagai istiadat perkahwinan mengikut agama atau adat pihak yang
berkenaan, walaupun istiadat itu tidak didaftarkan atau tidak dapat
didaftarkan atau masih belum didaftarkan di bawah mana-mana
undang-undang bertulis.
Statistik PDRM dari 2014 hingga 2016 menunjukkan 26 peratus
daripada 15,617 kes mangsa keganasan rumah tangga membabitkan mangsa kaum
lelaki.
Menurut kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Rohani Abdul Karim, antara contoh kes keganasan
rumah tangga yang melibatkan kaum lelaki ialah suami dibelasah isteri yang
memiliki tali pinggang hitam taekwondo sehingga menyebabkan suami koma selama
seminggu, isteri mencederakan suami dengan asid dan cuka getah, mencederakan
menggunakan objek tertentu dan ada mangsa lelaki yang dikurung serta didera
secara emosi.
Walaupun sifat dan bentuk fizikal semula jadi seorang lelaki lebih
kuat daripada kaum wanita, dalam sesetengah keadaan kaum lelaki juga boleh
menjadi mangsa keganasan kaum wanita sama ada secara fizikal, emosi dan mental.
Jadi, dalam kes di mana seorang suami yang menjadi mangsa
keganasan rumah tangga oleh isteri atau seorang anggota keluarga lelaki yang
menjadi mangsa keganasan rumah tangga oleh seorang anggota keluarga wanita yang
lain tetap boleh memohon Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO) atau Perintah
Perlindungan Sementara (IPO) atau Perintah Perlindungan (PO).
* Penulis
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). E-mail : sekretariatpgsm@yahoo.com
DR YAKAYA SPELL ADALAH SPELL TERBAIK SAHAJA SEPERTI UNTUK MENGGUNAKAN MEMBAWA KEMBALI KE ATAS KELUARNYA. KAMI TAHU ADA ADALAH SEMASA BERBAGAI BAHAWA KAMI TIDAK PERMINTAAN UNTUK MEREKA UNTUK MUNGKIN TETAPI TIDAK BOLEH MUNGKIN MUNGKIN MUNGKIN MUNGKIN MUNGKIN KAMU TIDAK MUNGKIN MENCINTAI KANAN SAMA ANDA MENCINTAI ATAU HER, BAGAIMANA HANYA MUNGKIN HANYA MEMUTUSKAN UNTUK BERJALAN DENGAN ANDA BAGAIMANA MEREKA TIDAK BERLAKU CINTA ANDA MEMILIKI UNTUK SAYA ATAU ANDA MUNGKIN MEMILIKI SELURUH RAHASIA YANG MEMERLUKAN BAHAWA YANG MEMANGKAN KE BREAK ATAU BULAN BEBERAPA BULAN ATAU TAHUN, BAGAIMANA ANDA PERLU MEMBANTU BELUM MENDAPATKAN ATAU KEMBALIYA HANYA HUBUNGI DR YAKAYA VIA EMAIL ALAMAT YAKAYATEMPLE@GMAIL.COM ATAU PANGGILAN HANYA NAMA NAMA ITU +2347050270227 UNTUK MEMBANTU ANDA
ReplyDelete