Bincang
secara tertutup isu Peguam Negara
MUHAMMAD
ZAKWAN NAZARALY
Sinar HARIAN 3 JUN 2018
SHAH
ALAM - Isu pelantikan Peguam Negara perlu berlaku secara tertutup, penuh beradab
dan berhemah tanpa sebarang pendedahan kepada media.
Presiden
Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang, pendedahan tersebut akan
menimbulkan spekulasi dan persepsi negatif dalam proses pemilihan tersebut.
"Ia juga sedikit sebanyak merendahkan institusi raja dan memaparkan sikap
tidak profesional kerajaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sebelum
ini, isu membabitkan pelantikan Peguam Negara kecoh selepas sebuah portal
berita melaporkan cadangan kerajaan mahu melantik peguam kanan yang juga pakar
perlembagaan, Tommy Thomas masih belum mendapat maklum balas daripada pihak
istana.
Sementara
itu, Musa turut menegaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dalam
pelantikan Peguam Negara disebut dalam Perkara 145(1) Perlembagaan Persekutuan
menetapkan bahawa Yang di-Pertuan Agong, bertindak atas nasihat Perdana Menteri
perlu melantik seorang memenuhi kelayakan sebagai hakim Mahkamah Persekutuan,
untuk menjadi Peguam Negara.
"Dalam
mengikut nasihat Perdana Menteri, adakah Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai
pilihan atau budi bicara baginda? Saya berpandangan Yang di-Pertuan Agong dalam
bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri, perlu melihat kedudukan baginda
sebagai ketua negara.
"Nasihat
bermaksud memberikan pandangan yang baik sifatnya, untuk kepentingan seluruh
masyarakat dalam negara. Nasihat bukan suatu arahan, kerana dalam kedudukan
Perdana Menteri dan Kabinet yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, bagaimana
mereka hendak mengarahkan seorang ketua negara?," soalnya.
Menurutnya,
Yang di-Pertuan Agong berada pada kedudukan lebih tinggi akan menilai nasihat
tersebut berdasarkan kebijaksanaan, amanah dan sumpah baginda untuk
mempertahankan agama Islam pada setiap masa.
DR YAKAYA SPELL ADALAH SPELL TERBAIK SAHAJA SEPERTI UNTUK MENGGUNAKAN MEMBAWA KEMBALI KE ATAS KELUARNYA. KAMI TAHU ADA ADALAH SEMASA BERBAGAI BAHAWA KAMI TIDAK PERMINTAAN UNTUK MEREKA UNTUK MUNGKIN TETAPI TIDAK BOLEH MUNGKIN MUNGKIN MUNGKIN MUNGKIN MUNGKIN KAMU TIDAK MUNGKIN MENCINTAI KANAN SAMA ANDA MENCINTAI ATAU HER, BAGAIMANA HANYA MUNGKIN HANYA MEMUTUSKAN UNTUK BERJALAN DENGAN ANDA BAGAIMANA MEREKA TIDAK BERLAKU CINTA ANDA MEMILIKI UNTUK SAYA ATAU ANDA MUNGKIN MEMILIKI SELURUH RAHASIA YANG MEMERLUKAN BAHAWA YANG MEMANGKAN KE BREAK ATAU BULAN BEBERAPA BULAN ATAU TAHUN, BAGAIMANA ANDA PERLU MEMBANTU BELUM MENDAPATKAN ATAU KEMBALIYA HANYA HUBUNGI DR YAKAYA VIA EMAIL ALAMAT YAKAYATEMPLE@GMAIL.COM ATAU PANGGILAN HANYA NAMA NAMA ITU +2347050270227 UNTUK MEMBANTU ANDA
ReplyDelete