Oleh Musa Awang
Terbaru, kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim untuk menjadikan perbuatan merotan anak sebagai satu kesalahan jenayah jika rang undang-undang baharu menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 diluluskan. Menurutnya, hukuman terhadap kesalahan merotan anak perlu dilaksanakan kerana negara telah menandatangani perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC).
Malaysia telah meratifikasikan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak ( CRC ) pada tahun 1995 untuk menegakkan komitmen kepada perlindungan dan kesejahteraan kanak-kanak.
Ratifikasi negara bagaimanapun mengandungi beberapa syarat dalam bentuk “reservation” kepada peruntukan CRC. “Reservation” ini telah dimasukkan kerana dalam beberapa isi Konvensyen tersebut terdapat percanggahan dengan beberapa undang-undang negara dan undang-undang syariah.
Malaysia menerimapakai semua 54 Perkara dalam Konvensyen tersebut kecuali Perkara 1, 2, 7, 13, 14, 15, 28(1)(a) dan 37. Perkara 19 Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) menyebutkan bahawa :

“Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala
langkah perundangan, pentadbiran, sosial dan pendidikan yang sewajarnya untuk
melindungi kanak-kanak daripada semua bentuk keganasan fizikal atau mental,
kecederaan atau penderaan, pengabaian atau perlakuan cuai, penganiayaan atau
eksploitasi, termasuk penderaan seksual, semasa dalam jagaan ibu bapa, penjaga
di sisi undang-undang atau mana-mana orang yang menjaga kanak-kanak itu.”
Perkara 19 tersebut tidak menyebut secara khusus mengenai tidak dibenarkan memukul secara ringan seperti menggunakan rotan, hanya menggariskan matlamat utama Konvensyen tersebut untuk melindungi kanak-kanak dari sebarang bentuk keganasan fizikal atau mental keganasan, kecederaan atau penderaan, pengabaian atau pelakuan cuai, penganiayaan atau eksploitasi termasuk penderaan seksual terhadap kanak-kanak yang di bawah jagaan ibubapa atau penjaga lain.
Sememangnya itulah yang diajar oleh Islam, iaitu memelihara dan kasihan belas terhadap kanak-kanak. Rasulullah SAW sendiri menggambarkan kanak-kanak sebagai bunga-bunga di dalam kebun Allah SWT. Mereka adalah pemimpin ummah pada masa akan datang. Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW dari Abu Hurairah r.a bermaksud: “Bukan dari kalangan kami orang yang tidak kasihan belas terhadap anak-anak.” [HR Bukhari]. Dalam hadith yang lain Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang tidak menyayangi anak-anak tidak akan disayangi dan dirahmati Allah.”
Walaupun Malaysia terikat dengan Konvensyen antarabangsa tersebut, dalam menggubal undang-undang yang akan terpakai kepada rakyat Negara ini, kerajaan perlu melihat kepada sosio budaya, adat dan amalan agama masyarakat di negara ini, terutama masyarakat majoriti yang beragama Islam.
Merotan atau memukul
anak bagi tujuan mendidik dan mendisiplin anak adalah diharuskan dalam Islam,
iaitu taktala anak mula berumur 10 tahun sebagaimana sabda Nabi SAW yang
bermaksud : “Ajar anak kamu solat ketika
umurnya 7 tahun, dan (sekiranya mereka enggan) pukul mereka apabila mencecah 10
tahun”. (HR Abu Daud).
Walaupun Islam mengharuskan memukul atau merotan anak untuk tujuan mendidik, namun keharusan tersebut adalah dengan syarat yang ketat. Pendekatan mendidik dengan pukulan adalah kaedah yang terakhir, iaitu setelah semua cara diplomasi tidak berjaya. Sekiranya ini kesalahan pertama, ibu bapa hendaklah memberi peluang untuk anak dan memaafkan kesalahan mereka dengan membuat perjanjian untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama.
Berdasarkan hadith riwayat Abu Daud di atas, tidak
boleh memukul anak yang belum sampai usia 10 tahun. Jangan memukul anak ketika ibu
atau bapa berada dalam keadaan sangat marah, dibimbangi tidak dapat mengawal
diri dan pukulan akan menjadi melampaui batas yang diharuskan syarak. Ibu bapa perlu
elak dari memukul kawasan badan yang menyakitkan dan menimbulkan bahaya
sampingan seperti kepala, muka, dada dan perut.
Pukulan bagi kesalahan pertama seharusnya tidak keras dan tidak memedihkan. Pukulan itu pula hendaklah pada tangan dan kaki menggunakan rotan yang lembut. Pukulan mendidik cukup sekali atau tidak melebihi 3 kali sebagaimana hadith Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud “Tidak boleh merotan melebihi 10 kali melainkan pada hukum hudud” (HR Bukhari).
Yang penting, pukulan itu dilakukan sendiri oleh ibu atau bapa, bukan diserahkan kepada orang lain yang mungkin boleh menimbulkan kesan yang lain. Rotan yang digunakan mestilah tidak terlalu keras, tidak pula terlalu lembut atau basah atau lembab, sehinggalah boleh meninggalkan bekas dan kerosakan yang teruk pada kulit ; dilarang pukulan di bahagian kemaluan, muka serta seluruh kepala. Sebahagian ulama’ salaf mencadangkan agar dirotan di tapak tangan dan kaki ; tidak mengangkat tangan sehingga boleh kelihatan ketiaknya ; tidak bertujuan menyakitkan atau mencederakan atau mendera anak, tetapi untuk tujuan memberi peringatan dan pengajaran.
Sekiranya mendidik anak dengan rotan dikanunkan sebagai suatu kesalahan jenayah, dikhuatiri undang-undang tersebut akan dimanipulasi oleh pihak-pihak yang mahu merampas anak dari jagaan ibu atau bapa. Hanya disebabkan pukulan rotan yang ringan untuk tujuan mendidik, pihak yang ingin mengambil anak akan membuat laporan polis, kemudian ibu atau bapa yang menjaga anak akan ditahan. Akhirnya akan menyebabkan perpisahan antara anak-anak dengan ibu atau bapa.
Seperti yang berlaku di Sweden, ibu atau bapa yang ditahan akan dipisahkan dengan anak-anak berkenaan sehingga berusia 18 tahun, dan anak-anak akan diperintah mahkamah untuk diletakkan di bawah jagaan keluarga angkat yang berkemungkinan berbeza agama. Kesan psikologi memisahkan anak-anak dengan ibu bapa adalah lebih besar mudaratnya jika dibandingkan dengan kesan pukulan rotan untuk tujuan mendidik anak.
- Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). E-mail : sekretariatpgsm@yahoo.com.

No comments:
Post a Comment