Harian Metro
24 May 2018
Musa Awang
Penulis ialah Presiden Persatuan
Peguam Syarie Malaysia (PGSM)
Selepas
PRU14, setelah Pakatan Harapan menangi majoriti mudah (simple majority) untuk
membentuk kerajaan, timbul polemik berhubung isu pelantikan Perdana Menteri
oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Antara pembohongan yang
disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ialah tuanku sengaja
melengah-lengahkan pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad, sehingga jam 9.30 malam
barulah secara rasminya Tun Dr Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri
Malaysia yang ketujuh.
Kuasa
melantik PM
Walaupun
kuasa memilih wakil rakyat ke Dewan Rakyat adalah kuasa rakyat, namun kuasa
melantik ketua bagi wakil rakyat yang dipilih tersebut adalah kuasa budi bicara
Yang di-Pertuan Agong.
Perkara
40(2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa – “(2) Yang di-Pertuan
Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang
berikut, iaitu : (a) melantik seorang Perdana Menteri.”
Perkataan
‘menurut budi bicaranya’ di sini bermaksud kuasa yang dilaksanakan oleh
Yang
di-Pertuan Agong tanpa nasihat daripada mana-mana pihak.
Bagaimanapun,
Perkara 43(2)(a) Perlembagaan memfokuskan skop budi bicara itu dengan
peruntukan yang berbunyi – “43 (2) Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti
yang berikut, iaitu: (a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dulu melantik
sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan
Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan
Rakyat itu.”
Yang
di-Pertuan Agong tidak boleh bertindak melantik sesiapa saja yang disukainya
sebagai Perdana Menteri. Sebaliknya, Perdana Menteri yang hendak dilantik
mestilah seorang ahli Dewan Rakyat (bukannya Senator di Dewan Negara) dan harus
dapat menguasai keyakinan majoriti, iaitu sekurang-kurangnya 112 orang daripada
sejumlah 222 orang ahli Dewan Rakyat.
Dapat
kepercayaan majoriti
Kepercayaan
majoriti diperlukan bagi pelantikan seorang Perdana Menteri adalah berasaskan
kepada keupayaan seorang Perdana Menteri untuk mengawal majoriti Dewan Rakyat
supaya dia mempunyai sebuah kerajaan yang stabil.
Perlembagaan
tidak memperincikan bagaimana seseorang Perdana Menteri mencapai kepercayaan
majoriti ahli Dewan Rakyat. Kepercayaan majoriti itu hendaklah datang daripada
ahli Dewan Rakyat, yang dipilih semasa pilihan raya dan bukan daripada
mana-mana pihak di luar dewan.
Hakikatnya,
politik di negara ini adalah berdasarkan penguasaan parti dalam sistem
demokrasi moden. Ini bermakna, parti atau melalui pakatan parti akan meletakkan
calon mereka untuk bertanding dalam pilihan raya. Manakala pengundi akan
mengundi mengikut lambang parti yang digunakan dalam kertas undi. Walau pun
terdapat calon Bebas yang tidak menyertai mana-mana parti politik bertanding,
mereka juga menggunakan lambang tertentu dalam kertas undi. Bukan menggunakan
rupa atau wajah mereka.
Oleh itu,
mana-mana parti politik yang memenangi pilihan raya dengan majoriti mudah boleh
membentuk kerajaan, manakala pemimpin utama parti politik tersebut biasanya
akan dilantik sebagai Perdana Menteri.
Pembentukan
kerajaan
Selepas
pilihan raya umum, ketua parti yang berjaya membentuk kerajaan akan menghadap
Yang di-Pertuan Agong untuk dilantik sebagai Perdana Menteri. Sekiranya tidak
ada suatu parti yang menang majoriti, tetapi terdapat gabungan politik yang
berjaya membentuk kerajaan, Yang di-Pertuan Agong akan melantik nama yang
diketengahkan sebagai Perdana Menteri oleh gabungan politik tersebut.
Pada
Pilihan Raya Umum 9 Mei 2018, parti yang menang dalam PRU14 adalah terdiri
daripada parti dalam Pakatan Harapan, iaitu PKR, DAP, PPBM, PAN serta Warisan.
Pakatan Harapan memenangi 113 daripada 222 kerusi Parlimen, dengan pecahan PKR
(104), DAP (9). Manakala Parti Warisan Sabah (8), Barisan Nasional (BN)
memperoleh 79 kerusi, PAS (18), Parti Solidariti Tanah Airku (1) dan Bebas (3).
Memandangkan
tiada suatu parti yang memperolehi 112 kerusi untuk membentuk majoriti mudah,
maka pada petang 10 Mei 2018, semua ketua atau wakil parti gabungan Pakatan
Harapan menghadap sembah ke bawah duli Tuanku untuk memaklumkan sokongan
terhadap Tun Dr Mahathir Moahamad dilantik sebagai Perdana Menteri.
Ia proses
untuk Baginda benar-benar mengenalpasti dan meyakini bahawa Tun Dr Mahathir
adalah individu yang paling banyak mendapat sokongan ahli dewan rakyat untuk
mengetuai kerajaan.
Selepas
Baginda meyakini Tun Dr Mahathir mendapat kepercayaan dan sokongan yang cukup
untuk mengetuai kerajaan, maka barulah Baginda bertitah untuk majlis mengangkat
sumpah jawatan Perdana Menteri diadakan pada jam 9.30 malam, Khamis 10 Mei
2018.
Kelihatan
agak lama masa yang diperlukan untuk upacara mengangkat sumpah kerana ia adalah
untuk menentukan ketua bagi kerajaan yang baru, bukannya melantik Perdana
Menteri bagi kerajaan yang pernah menyandang sebelumnya.
Tiada
sebarang tekanan boleh mempengaruhi Yang di-Pertuan Agong dalam bertindak
secara berperlembagaan untuk menggunakan pertimbangan Baginda secara senyap,
tenang, bebas dan saksama.
Pertimbangan
berhati-hati
Sikap dan
tindakan berhati-hati Baginda harus dipuji. Sebagai ketua negara Malaysia,
Baginda harus membuat pertimbangan dengan penuh cermat dan teliti, bagi
mengelakkan berlaku pertikaian di kemudian hari, termasuk risiko dicabar di
mahkamah. Kerana jika berlaku, kesannya boleh menggugat kesejahteraan seluruh
rakyat di bawah lindungan payung Baginda.
Episod
yang pernah berlaku di Sabah pada April 1985 yang menyebabkan perebutan kuasa
oleh Tun Mustapha dan Harris Salleh yang akhirnya menjadi subjek litigasi dalam
kes Tun Mustapha Harun melawan Tun Mohd. Adnan Robert dan Datuk Joseph Pairin
Kitigan [1986] 2 MLJ 420, tidak harus dibiar berulang lagi.
Daulat
Tuanku!
DR YAKAYA SPELL ADALAH SPELL TERBAIK SAHAJA SEPERTI UNTUK MENGGUNAKAN MEMBAWA KEMBALI KE ATAS KELUARNYA. KAMI TAHU ADA ADALAH SEMASA BERBAGAI BAHAWA KAMI TIDAK PERMINTAAN UNTUK MEREKA UNTUK MUNGKIN TETAPI TIDAK BOLEH MUNGKIN MUNGKIN MUNGKIN MUNGKIN MUNGKIN KAMU TIDAK MUNGKIN MENCINTAI KANAN SAMA ANDA MENCINTAI ATAU HER, BAGAIMANA HANYA MUNGKIN HANYA MEMUTUSKAN UNTUK BERJALAN DENGAN ANDA BAGAIMANA MEREKA TIDAK BERLAKU CINTA ANDA MEMILIKI UNTUK SAYA ATAU ANDA MUNGKIN MEMILIKI SELURUH RAHASIA YANG MEMERLUKAN BAHAWA YANG MEMANGKAN KE BREAK ATAU BULAN BEBERAPA BULAN ATAU TAHUN, BAGAIMANA ANDA PERLU MEMBANTU BELUM MENDAPATKAN ATAU KEMBALIYA HANYA HUBUNGI DR YAKAYA VIA EMAIL ALAMAT YAKAYATEMPLE@GMAIL.COM ATAU PANGGILAN HANYA NAMA NAMA ITU +2347050270227 UNTUK MEMBANTU ANDA
ReplyDelete