Wednesday, August 18, 2010
FOKUS : Buang Bayi - Menanti Garis Penamat
Selasa 17 Mei 2010. Membaca tajuk-tajuk berita di dada akhbar satu persatu membuat dadaku seolah-olah berhenti berdegup seketika...
Tiga lagi kes buang bayi dilaporkan.
Seorang nenek dijumpai mati dalam keadaan bogel dirumahnya dipercayai dirompak dan dirogol.
Ustazah ditangkap berkhalwat oleh anak sendiri
Cerita-cerita ini berlaku di bulan Ramadhan yang mulia...
Apa sudah jadi dengan negara tercinta ini? Di mana kesudahan semua ini?
Isu buang bayi masih belum reda, pelbagai kaedah penyelesaian dicari. Pelbagai pandangan dikemukakan. Terbaru mengenakan hukuman menurut Seksyen 302 Kanun Kesiksaan iaitu membunuh dengan niat dan hukuman gantung. Cadangan yang baik, namun adakah boleh menyelesaikan masalah? Ada cadangan untuk membenarkan remaja hamil berkahwin awal, dan mewujudkan sekolah untuk remaja hamil. Juga cadangan yang baik, namun adakah boleh menyelesaikan masalah? Pastinya tiada jawapan yang boleh diberikan kerana cadangan-cadangan ini masih belum dilaksanakan. Apa pun, di sebalik hebahan media nasional tentang langkah-langkah mengatasi masalah sosial yang semakin membimbangkan ini, setiap hari di dada akhbar melaporkan kes-kes pembuangan bayi masih berterusan.
Mari kita baca kembali berita-berita ini ;
IPOH 29 Jun 2010 – Angka yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bahawa terdapat 81,000 anak luar nikah berdaftar ketika ini merupakan perkembangan yang membimbangkan.
Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr. Mohd. Tap Salleh berkata, antara punca yang menyumbang kepada peningkatan gejala sosial tersebut ialah penyaluran maklumat tanpa batasan dan perubahan budaya masyarakat.
Menurutnya, sebanyak 55 peratus rakyat Malaysia dilaporkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) sebagai ‘gila Internet’ dan mereka mempunyai akses terhadap penyaluran maklumat melalui alam maya yang begitu luas.
”Perkenalan melalui Facebook dan laman sosial lain akhirnya mengundang kepada pergaulan bebas sehingga membawa kepada keterlanjuran dan sebagainya.
”Ini berlaku jika kita tidak memiliki benteng dan integriti diri yang kuat dalam era globalisasi kini,” katanya pada Seminar Pengukuhan Integriti Pemimpin Masyarakat Peringkat Negeri Perak di sini hari ini.
Menurut Mohd. Tap, penyaluran maklumat secara berleluasa menyebabkan masyarakat terutama golongan muda lebih terdedah kepada budaya yang bertentangan dengan amalan masyarakat di negara ini dan tanpa disedari ia meresap ke dalam diri mereka.
Dalam hal itu, katanya, semua pemimpin masyarakat perlu memberi tumpuan dalam melaksanakan usaha pengukuhan integriti golongan belia yang merangkumi 11.8 juta atau 42 peratus daripada keseluruhan penduduk Malaysia.
Sementara itu Abdul Rahman berkata, pemimpin masyarakat perlu mempamerkan nilai-nilai integriti yang tinggi terlebih dahulu agar mereka dapat menjadi contoh kepada masyarakat.
”Sebagai ‘duta integriti’ dalam masyarakat, mereka harus terlebih dahulu menanamkan nilai-nilai terpuji dalam kehidupan seharian seperti mengamalkan budi bahasa yang baik, berakhlak mulia, amanah dan tinggi tahap akauntabiliti masing-masing,” katanya.
2. Kes penderaan ke atas kanak-kanak.
JENIS-JENIS KES PENDERAAN KANAK-KANAK
TAHUN 2001-2007
Terdampar 70 121 98 26 68 53 63
Diabaikan 303 357 389 563 601 682 761
Fizikal 287 354 410 459 431 495 586
Seksual 251 324 430 529 566 670 754
Emosi 56 32 32 52 77 50 45
Lain/ Iain 69 54 31 27 57 49 70
Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia,2008
85 peratus remaja seronok zina, gugur janin
Thursday, 24 June 2010 07:45
Kajian terbaru Universiti Putra Malaysia (UPM) mendedahkan lebih 300 remaja Melayu di bandar dan luar bandar berusia antara 13 hingga 25 tahun mengakui terbabit dengan salah laku seksual dan gejala seks bebas, sehingga ada yang menggugurkan janin. Lebih mengejutkan, kira-kira 85 peratus daripada mereka yang melakukan perbuatan itu, bukan saja tidak kesal, malu atau takut dari segi dosa malah menyifatkan pengalaman berkenaan sebagai menyeronokkan.
Menurut kajian itu, mereka yang terjebak dengan gejala terbabit bukan disebabkan faktor tekanan akibat kegagalan institusi keluarga termasuk rumah tangga porak-peranda, sebaliknya tertarik dengan pengaruh rakan sebaya. Sebahagian besar mereka juga mengakui menerima pendidikan agama mencukupi.
Dapatan itu diperoleh daripada kajian enam bulan bertajuk ‘Keterlibatan Remaja Dalam Salah Laku Seksual’ dengan 400 responden ditumpukan kepada dua kumpulan sasaran di Lembah Klang dan juga kawasan luar bandar, iaitu pelajar sekolah menengah daripada Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima serta remaja di bawah usia 25 tahun. Kajian itu siap sepenuhnya Disember lalu.
Pengarah Pusat Kokurikulum UPM yang mengetuai kajian itu, Prof Madya Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata ada responden mengakui terdedah kepada ‘dunia seksual’ seawal sekolah rendah, termasuk muat turun gambar lucah melalui telefon bimbit, menonton video lucah dan melayari laman web pornografi. Walaupun dapatan kajian di luar bandar dan Lembah Klang menunjukkan hasil lebih kurang sama, senario di luar bandar itu boleh dianggap lebih mengejutkan apabila ramai remajanya turut terjebak dengan gejala ini sedangkan kawasan berkenaan tidak mendapat pendedahan seperti di bandar raya,” katanya.
BANYAK persoalan yang bermain di mindaku, mengajar aku menjadi seorang pemikir.
Isu-isu dan persoalan tersebut menerjah ke kotak fikiranku satu persatu...
- Kenapa kita tidak balik kepada kaedah yang diajar oleh agama masing-masing? Islam mengharamkan zina secara jelas, firman Allah yang bermaksud : "Wahai orang yang beriman, janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya ia suatu perbuatan yang keji dan buruk." Aku juga percaya bahawa agama lain juga melarang perkara yang sama. Zina juga tidak dibenarkan dalam agama Krtistian, Hindu dan Budha.
- Kenapa tidak ada seorang pun menteri atau ahli politik yang berkata "kita akan kaji semula pendidikan formal di sekolah-sekolah di mana kita akan berikan penekanan terhadap pendidikan agama mengikut kepercayaan masing-masing"?
- Jika ibu bapa tidak mampu untuk mengajar anak-anak tentang didikan agama di rumah, kerana kesibukan tugas, jahil atau sebagainya, kenapa tanggungjawab ini tidak diambil oleh sekolah yang memiliki tenaga pengajar berkelayakan?
- Kenapa statistik menunjukkan ramai orang Melayu beragama Islam yang buang bayi? Bukankah Islam adalah agama tertinggi, terbaik dan syumul, dan agama yang diredhai oleh Allah s.w.t.
- Adakah orang Melayu Islam hari ini terkena "kejutan budaya" akibat kemajuan dan pembangunan hari ini yang terlalu pantas dan inovatif?
- Adakah masalah ini berpunca daripada tayangan cerita-cerita yang tidak elok di kaca tv, internet, majalah, akhbar dan sebagainya?
- Di mana suara dan peranan ulamak-ulamak dan imam-imam muda yang sebelum ini mendabik dada dan menngiktiraf diri sendiri sebagai ulamak?
PEMBUANGAN BAYI DIKALANGAN REMAJA
Statistik suatu kajian menunjukkan :-
- Kajian – 27 % remaja melakukan seks bebas.
- Sepanjang tahun 2004-2006, 145 bayi luar nikah dibuang dan dijumpai.
- Statistik oleh ibu pejabat PDRM Bukit aman tahun 2000 – sejumlah 65 kes pembuangan bayi seluruh negara. Tahun 2006 83 kes.
- Statistik JPN, sejumlah 257,411 sijil pendaftaran anak tak sah taraf bermula tahun 2000 hingga 2008. (didedahkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika jawab soalan dalam Parlimen pada 28/10/2008.
PUNCA/FAKTOR :
1. Faktor utama – kurang kefahaman agama secara menyeluruh.
2. Rangsangan luaran – media massa, media elektronik.
3. Malu, menyembunyikan perbuatan dusta/dosa, dengan harapan diberi peluang jalani hidup baru.
4. Menyusahkan perkahwinan – hantaran, persiapan kahwin.
5. Tiada pengawasan ibu bapa, kurang kasih sayang.
6. Keruntuhan institusi keluarga.
7. Sikap masyarakat tidak prihatin, peluk tubuh, anggap isu ini memalukan.
8. Ahli masyarakat yang menuding jari, bukan memberi teguran
9. Sikap wanita dan lelaki yang berzina sesuka hati, kurang didikan agama.
10.Hukuman yang kurang berat. Bapa si bayi tidak dikesan
11.Galakan badan tertentu yang sanggup pelihara mangsa satu galakan.
FAKTOR PENYUMBANG
1. Keluarga
2. Rakan2
3. Persekitaran
4. Media massa
5. Media cetak
KESAN
1. Kesan kepada bayi – mati. Jika hidup, stigma anak luar nikah.
2. Kesan kepada ibu/remaja yang melahirkan – dar sudut perubatan ; jangkitan kuman, cedera semasa bersalin, kehilangan rarah. Psikologi ; kemurungan, hilang keyakinan diri, rasa bersalah, resah, masalah emosi.
3. Kesan kepada keluarga remaja yang melahirkan – wujud ketidakharmonian dalam rumahtangga, malu ada anak/cucu luar nikah.
4. Kesan kepada masyarakat -
5. Kesan kepada negara – akhlak remaja hari ini adalah cermin negara masa hadapan.
LANGKAH MENGATASI
1. Perkukuhkan institusi keluarga
2. Program dakwah secara bersepadu
3. Program hiburan yang rosakkan akhlak dikawal
CIRI2 REMAJA YANG TERLIBAT
1. Kecelaruan identity remaja. Keluarga tidak memainkan peranan wajar dalam pembentukan watak anak2.
2. Menurut pensyarah Jabatan Pedagogi & Psikologi Pendidikan Fakulti Pendidikan UM Prof Dr Suradi Salim, golongan ini boleh dibahagikan 3 kumpulan ;
i. Mereka yang tiada langsung asas, pendidikan dan perasaan terhadap agama
ii.Yang mempunyai pendidikan agama, tahu agama tetapi kerana sesuatu yang mengecewakan, mereka pilih jalan seleweng.
iii. Yang tahu agama tetapi masih memilih jalan salah. Agama kurang meresap dalam diri.
3. Remaja tersebut apabila tahu dirinya mengandung, sifat benci pada anak, pada lelaki yg tidak bertanggungjawab sehingga hilang perasaan keibuan.
Selangor mencatatkan jumlah kes pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak tertinggi di negara ini, sejak lima tahun lepas bermula 2005.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, mengikut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Selangor mencatatkan 105 kes pembuangan bayi manakala statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula merekodkan 3,234 kes penderaan kanak-kanak.
“Secara keseluruhannya, 407 kes direkodkan berkait- an pembuangan bayi dan 10,758 kes penderaan kanak-kanak dan bayi dicatatkan sejak lima tahun lalu,” katanya.
Shahrizat berkata, antara punca berlakunya masalah pembuangan bayi apabila mangsa, wanita hamil luar nikah berasa takut dan malu kerana tidak mendapat sokongan keluarga, khuatir dihukum sekiranya masyarakat umum mengetahuinya dan bayi yang dilahirkan cacat.
"Kurang pendidikan agama, tiada pengetahuan mengenai khidmat bantuan sokongan seperti khidmat kaunseling dan perkhidmatan perlindungan untuk diri dan anak, bapa kepada bayi yang dilahirkan ghaib dan tidak mahu bertanggungjawab selain wanita pendatang asing tanpa izin takut diusir apabila meminta pertolongan," katanya.:
“Bagi kes penderaan kanak-kanak, antara sebab berlaku kejadian tersebut termasuklah kerana kanak-kanak dan bayi terlalu aktif selain masalah yang dihadapi ibu bapa berkaitan tekanan tempat kerja, kewangan, krisis rumah tangga dan kurang pendidikan agama,” katanya.
Shahrizat berkata, tindakan kerajaan bagi menangani masalah ibu muda yang bermasalah serta usaha membendung pembu- angan bayi termasuklah menyediakan pusat perlindungan bagi kanak-kanak dan wanita.
“Kementerian mempunyai 55 institusi kebajikan, 104 pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah, 53 Klinik Nur Sejahtera yang sedia menerima bayi-bayi yang memerlukan perlindungan dan empat Taman Seri Pu- teri serta Pusat Jagaan Sinar Kasih,” katanya.
Selain Selangor, Johor mencatatkan 83 kes pembuangan bayi, Sabah (65), Sarawak (34), Negeri Sembilan (24), Pulau Pinang (22), Perak (19), Pahang dan Kedah (17), Kelantan (10), Terengganu (5), Melaka (3), Kuala Lumpur (2) dan Perlis (1). - Bernama
sambungan ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Jika anak masih belajar atau kurang upaya Oleh Musa Awang Mungkin ramai yang tahu bahawa nafkah seorang anak perlu ditanggun...
-
Ikatan boleh batal jika wanita masih isteri orang Peguam Syarie Menulis Berita Harian, 27 Februari 2013. Oleh Musa Awang Tu...
-
Elak masalah semasa meninggal dunia Peguam Syarie Menulis, Berita Harian 12 Disember 2012 MUSA AWANG Menurut Sayyid Qutb, ...
Pentadbiran Pusaka : Pinda akta, enakmen di bawah mahkamah syariah – PGSM
Pinda akta, enakmen di bawah mahkamah syariah – PGSM Oleh SITI AISYAH MOHAMAD Sinar Harian, 25 September 2023 Musa Awang SHAH ALAM - Pent...
No comments:
Post a Comment