Berita Harian
4 Apr 2017
Kuala Lumpur : Elemen status agama
anak dalam pindaan Rang Undang-undang (RUU) Membaharui Undang-undang
(Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164) bertentangan dengan Artikel 12,
Perlembagaan Persekutuan.
Pindaan
berkenaan menyebut status agama anak seorang daripada pasangan memeluk Islam
hanya boleh dilakukan selepas mencapai usia 18 tahun dan mendapat persetujuan
kedua-dua ibu bapa.
Presiden
Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang, berkata Perlembagaan
mentakrifkan Islam sebagai agama rasmi di negara ini bagaimanapun, agama lain
bebas diamalkan di seluruh negara.
Sehubungan
itu, katanya, ibu atau bapa mempunyai hak menentukan agama anak mereka dan
sekiranya berlaku perceraian, status agama anak kepada pasangan yang memeluk
Islam adalah automatik sebagai Islam.
“Persatuan hanya bersetuju dengan
satu elemen dalam pindaan Akta 164, iaitu pembubaran perkahwinan dijalankan di
Mahkamah Sivil.
Anak perlu bimbingan agama
“Beberapa elemen lain seperti isu
status agama anak ada dibincangkan sebelum ini, bagaimanapun ramai pihak
menentang keputusan membiarkan status agama anak dibuat selepas umur 18 tahun
kerana anak memerlukan bimbingan agama daripada kecil,” katanya kepada BH.
Beliau mengulas kenyataan Mufti
Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, yang menggesa kerajaan menangguhkan
pembentangan Rang Undang-undang Membaharui Undangundang (Perkahwinan dan
Perceraian) 1976 (Akta 164) kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan dan
hukum syarak serta dianggap memperlekeh dan menghina Islam.
Musa berkata, pihaknya turut merujuk
kepada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-87 pada Jun tahun 2009 turut
memutuskan apabila salah seorang pasangan ibu atau bapa memeluk Islam, status
agama bagi anak bawah umur pasangan itu secara automatik beragama Islam.
Ibu atau bapa mempunyai hak
menentukan agama anak mereka dan sekiranya berlaku perceraian, status agama
anak kepada pasangan yang memeluk Islam adalah automatik sebagai Islam” Musa
Awang, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)
DR YAKAYA SPELL ADALAH SPELL TERBAIK SAHAJA SEPERTI UNTUK MENGGUNAKAN MEMBAWA KEMBALI KE ATAS KELUARNYA. KAMI TAHU ADA ADALAH SEMASA BERBAGAI BAHAWA KAMI TIDAK PERMINTAAN UNTUK MEREKA UNTUK MUNGKIN TETAPI TIDAK BOLEH MUNGKIN MUNGKIN MUNGKIN MUNGKIN MUNGKIN KAMU TIDAK MUNGKIN MENCINTAI KANAN SAMA ANDA MENCINTAI ATAU HER, BAGAIMANA HANYA MUNGKIN HANYA MEMUTUSKAN UNTUK BERJALAN DENGAN ANDA BAGAIMANA MEREKA TIDAK BERLAKU CINTA ANDA MEMILIKI UNTUK SAYA ATAU ANDA MUNGKIN MEMILIKI SELURUH RAHASIA YANG MEMERLUKAN BAHAWA YANG MEMANGKAN KE BREAK ATAU BULAN BEBERAPA BULAN ATAU TAHUN, BAGAIMANA ANDA PERLU MEMBANTU BELUM MENDAPATKAN ATAU KEMBALIYA HANYA HUBUNGI DR YAKAYA VIA EMAIL ALAMAT YAKAYATEMPLE@GMAIL.COM ATAU PANGGILAN HANYA NAMA NAMA ITU +2347050270227 UNTUK MEMBANTU ANDA
ReplyDelete