Berita
Harian
Shiella berkata, berdasarkan pengalaman peribadinya, beliau berdepan kerenah birokrasi mahkamah syariah yang mengambil masa selama sembilan tahun sebelum kesnya perceraian di muktamadkan.
8
Nov 2018
Kuala Lumpur: Penguatkuasaan keadilan syariah terhadap wanita yang diabaikan bayaran nafkah oleh bekas suami selepas perceraian mampu memberi pembelaan sewajarnya kepada golongan itu.
Kuala Lumpur: Penguatkuasaan keadilan syariah terhadap wanita yang diabaikan bayaran nafkah oleh bekas suami selepas perceraian mampu memberi pembelaan sewajarnya kepada golongan itu.
Presiden Persatuan Peguam Syarie
Malaysia (PGSM), Musa Awang menyambut baik dan mengalu-alukan cadangan itu bagi
membela nasib ibu tunggal khususnya yang sudah ada perintah mahkamah untuk
mendapat bayaran nafkah.
Begitupun, kata Musa, beberapa perkara
perlu diperincikan terutama dari segi bidang kuasa mahkamah syariah untuk
mengarahkan sekatan bank bagi pembayaran nafkah.
Katanya, sementara perkara itu
direalisasikan, banyak mekanisme lain yang boleh dilaksanakan dan sudah pun ada
dalam peruntukan undang-undang seperti tahanan pendapatan atau potongan gaji
bagi yang kakitangan kerajaan atau swasta dan arahan tetap potongan wang.
“Masalah utama si ibu atau wanita
adalah kesukaran untuk turun naik mahkamah bagi menuntut bayaran nafkah.
“Mereka terpaksa bekerja bagi mencari
nafkah dan pada masa yang sama, terpaksa menguruskan proses serta urusan
mahkamah,” katanya.
Menurut Musa lagi, persatuan misalnya
turut menyediakan Pusat Bantuan Guaman Syarie untuk membantu golongan berkenaan
namun pelaksanaannya terhad kerana kekangan dana untuk menggerakkan pusat
terbabit.
Bantu
NGO tawar khidmat guaman kepada ibu tunggal
“Justeru, kerajaan seharusnya membantu
NGO yang boleh menawarkan khidmat guaman kepada golongan ibu tunggal bagi
membawa tuntutan mereka ke mahkamah,” katanya.
Presiden Persatuan Wanita dan Ibu
Tunggal Iman Kuala Lumpur (WITUS), Shiella Tukimin, mengalu-alukan langkah itu
kerana sudah tiba masanya proses perceraian dan perundangan syariah di negara
ini ditambah baik bagi memastikan golongan ibu tunggal tidak terus ditindas.
Beliau berkata, ramai wanita yang baru
bercerai dibiarkan ‘terkontang-kanting’ untuk menyara anak tanpa bayaran nafkah
daripada bekas suami.
“Selepas kes perceraian difailkan,
wanita perlu menunggu bertahun-tahun lamanya sebelum kes diselesaikan dan dalam
tempoh berkenaan, mereka perlu berdikari untuk menyara diri dan anak yang
ditinggalkan.
“Sepatutnya, lelaki perlu membayar nafkah
kepada bekas isterinya sebaik sahaja kes perceraian dilaporkan dan bukan
selepas keputusan mahkamah.
“Ramai lelaki culas untuk membayar
nafkah, ada yang menghilangkan diri dan ada juga yang memberi pelbagai alasan
kepada mahkamah semata-mata untuk mengelakkan daripada menunaikan tanggungjawab
mereka,” katanya ketika dihubungi NSTP, semalam.
Dasar
bela nasib wanita
Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, semalam berkata kerajaan sedang memperincikan
penguatkuasaan keadilan syariah bagi memberi pembelaan kepada wanita dan anak
yang tidak dibayar nafkah selepas perceraian termasuk kemungkinan dikenakan
sekatan akaun bank milik bekas suami.
Shiella berkata, berdasarkan pengalaman peribadinya, beliau berdepan kerenah birokrasi mahkamah syariah yang mengambil masa selama sembilan tahun sebelum kesnya perceraian di muktamadkan.
Dalam tempoh itu kata Shiella, bekas
suaminya tidak memberi satu sen pun nafkah untuknya dan dua anak mereka.
“Jika perundangan dan keadilan syariah
ditambah baik termasuk mengenakan sekatan bank, saya yakin wanita yang
diceraikan tidak akan teraniaya dan mendapat pembelaan sewajarnya,” katanya.
Pengerusi Persatuan Inspirasi Ibu
Tunggal dan Wanita (PIWANI), Zubaidah Abdul Rashid berkata, jika langkah itu dapat
direalisasikan, ia adalah berita yang paling ditunggu-tunggu oleh ibu tunggal
di negara ini.
Katanya, kebanyakan wanita yang
diceraikan tidak mendapat bayaran nafkah yang sepatutnya kerana tiada tindakan
undang-undang berat dikenakan kepada lelaki jika mereka liat membayarnya.
“Kami (golongan ibu tunggal) perlu
turun naik mahkamah dan seolah-olah terpaksa mengemis meminta ihsan bekas suami
supaya membayar nafkah untuk ‘darah daging’ mereka sendiri.
“Jika mahkamah mengeluarkan arahan
untuk bekas suami membayar nafkah setiap bulan sekali pun, mereka tetap liat
kerana tiada penguatkuasaan undang-undang yang ketat.
“Jika ada penguatkuasaan membabitkan
akaun bank, pasti mereka (golongan yang culas membayar nafkah) tidak akan alpa
untuk menunaikan tanggungjawab mereka,” katanya.
Beberapa perkara perlu diperincikan
terutama dari segi bidang kuasa mahkamah syariah untuk mengarahkan sekatan bank
bagi pembayaran nafkah” Musa Awang, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia
No comments:
Post a Comment